"Zikr-al Maut Yang Mengundang Maut"Syurga itu cantik. Ada kanak-kanak di dalamnya," beritahu seorang guru kepada anak muridnya."Orang mati akan masuk Syurga. Di Syurga semua yang kita mahu Allah akan bagi," tambahnya lagi."Kamu kena ikut cakap emak ayah kamu. Macam mana kalau emak dengan ayah kamu mati? Kamu nak?" ugut seorang ustazah kepada anak muridnya yang degil. Dialog-dialog di atas adalah dialog pelajaran 'Zikr al-Maut' yang disampaikan kepada murid-murid sekolah. Bagi yang lebih kreatif, penyampaikan disertakan pula dengan video-video tentang kematian dengan audio dan visual yang menakutkan.Alasannya mudah, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!Sabda Nabi SAW:"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)" Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.Kata-kata Fudhail ibn �Iyadh yang masyhur:Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)KANAK-KANAKAkan tetapi kita tidak harus lupa, bahawa Islam mengajar kita supaya bercakap secara empati. Melihat keadaan manusia yang dibicarakan, sertakan membahasakan mereka sesuai dengan taraf keupayaan akal fikiran yang ada.Justeru pesanan-pesanan tentang kematian yang tidak diteliti, bisa mengundang kesan yang sebaliknya.Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya.Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea 'membunuh' ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan.Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.THE GOOD SONSaya teringat kepada filem The Good Son (1993) lakonan Macaulay Culkin (sebagai Henry) dan Elijah Wood (sebagai Mark). Idea tentang 'mati' yang disuntik secara salah kepada kanak-kanak pada usia seperti itu, telah mencetuskan pemikiran di kepala Henry untuk menjadikan kematian sebagai 'penyelesaian' kepada tekanan dan saingan yang tidak disenanginya.Henry telah mengembangkan idea sociopath di kepalanya secara berperingkat. Bermula dengan perbuatan membunuh anjing jirannya, menjatuhkan patung 'Mr. Highway' dari jejantas ke lebuhraya hingga menyebabkan kemalangan besar, hinggalah membawa kepada suatu bencana yang mana ibu Mark, iaitu Susan (lakonan Wendy Crewson) terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan Mark atau Henry! Salah seorang daripada mereka terbunuh di akhir filem ini.Kali pertama saya menonton filem tersebut, ia amat mengganggu fikiran saya. Tetapi saya terpaksa menontonnya sekali lagi, demi untuk memahami perilaku anak saya yang bercakap tentang kematian dalam format yang mengundang cemas.FALSAFAH MATISesungguhnya kematian itu, falsafahnya tidak mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Pemikiran simplistik mereka menyebabkan satu-satu idea tentang kematian, ditafsirkan secara yang merbahaya. Usia anak-anak di umur pra-sekolah, adalah usia keghairahan yang tinggi untuk belajar, bertanya dan mencuba. Justeru peringatan-peringatan yang melampau terhadap kematian kepada kanak-kanak di usia sebegini, amat berisiko.Kanak-kanak mungkin akan hidup dalam tekanan dan keresahan disebabkan oleh idea tentang mati.Kanak-kanak juga mungkin akan berusaha 'mempercepatkan' kematian dengan alasan mahu berpindah atau memindahkan orang-orang yang disayanginya kepada kehidupan yang lebih baik dan indah!PERBUATAN DAN BALASANOleh itu, adalah memadai untuk anak-anak diberikan kefahaman bahawa kematian itu adalah perpindahan manusia dari kehidupan dunia kepada kehidupan baru yang mana segala perbuatan baik dibalas oleh Allah dengan kebaikan (Syurga), manakala kejahatan dibalas dengan hukuman Neraka.Penekanan perlu dibuat kepada aspek perbuatan dan kesan perbuatan supaya berfikir tentang mati itu boleh menjadi elemen yang mendidik, dan bukan menyuntik salah faham yang fatal!MATI HANYA DENGAN SEBABPerlu juga diberi perhatian oleh kita semua bahawa kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan idea bahawa mati itu boleh berlaku tanpa sebab. Hal ini mencetuskan kegelisahan yang amat serius dan menjadikan mereka putus asa terhadap kehidupan.Kombinasi di antara tekanan, kemurungan, putus asa, dan idea 'membunuh diri' sudah cukup untuk menyalakan 'lampu kecemasan' kepada ibu bapa untuk anak-anak ini dibawa segera mendapatkan rawatan profesional.Mati kerana kemalangan.Mati kerana sakit.Mati kerana dibunuh orang jahat.Nyatakan sebab-sebab yang boleh menjadi punca kematian. Sebab-sebab ini boleh berfungsi untuk mencegah mereka daripada bermain dengan alat elektrik, bermain di jalan raya dan lain-lain perbuatan yang mendedahkan diri mereka kepada bahaya.Tetapi jangan sekali-kali diberikan idea bahawa di antara kekuasaan Allah ialah mematikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, kerana ini membunuh jiwa kanak-kanak yang belum mumayyiz ini.Hal ini tidaklah sama sekali bermaksud bahawa kita tidak berlaku jujur dengan mereka, sebaliknya tindakan ini adalah kerana meraikan keupayaan akal mereka yang terbatas.BILA PERLU SAHAJA"Nak ayah mati? Kalau ayah mati dan kamu tak pandai, kamu nak kerja apa? Siapa nak bagi kamu makan?" ugut si bapa kepada anak, semata-mata kerana anak enggan mengulangkaji pelajaran.Kemalasan itu suatu kekhuatiran. Tetapi menanganinya dengan idea MATI, adalah sangat melampaui keperluan malah merbahaya.Bukanlah suatu bahan pendidikan yang baik, untuk kanak-kanak yang memiliki segala cita-cita dan impian masa depan ini, di'basuh' dengan idea tentang kematian secara berterusan. Ia sepatutnya dibicarakan hanya apabila datang keperluan. Misalnya semasa dia bertanya, atau melihat peristiwa kematian ahli keluarga dan yang seumpama dengannya.Bercakaplah tentang mati hanya semasa perlu sahaja.HARAPAN UNTUK HIDUP"Kawan saya sakit macam awaklah. Tiga hari lepas tu dia meninggal dunia," kata seorang lelaki semasa menziarahi rakannya yang sedang menerima rawatan di hospital.Orang seperti ini bukan sahaja bercakap dari kerendahan mentalitinya, bahkan ia menyalahi Sunnah yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Justeru pesakit harus didamaikan jiwanya dengan harapan dan dorongan untuk sembuh dan bukannya bercerita tentang mati dan harga terkini untuk semeter kain putih!Begitu jugalah perihalnya dengan kanak-kanak.Mereka sedang belajar untuk melihat dunia. Jiwa mereka penuh harapan dan cita-cita. Menjadi suatu jenayah apabila segala potensi ini dibunuh oleh kesalahan kita memperkenalkan silibus manusia tua yang degil seperti kita, kepada kanak-kanak yang fitrah dan luhur itu.Pepatah Arab menyebut:"Setiap tempat itu ada topik bicara (yang sesuai dengannya)"Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah suatu kezaliman.Justeru ibu bapa dan guru, jangan zalimi anak-anak kita, biar pun pada soal sebaik Zikr al-Maut!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(114)
-
▼
April
(82)
- TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
- NAK COVER MALU.........
- PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- LEBAH MADU.....
- MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
- TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
- PANTUN UNTUK COUPLE
- 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
- KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
- MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
- PAHLAWAN NERAKA
- JENIS DARAH DAN PERIBADI
- KEMUNCULAN DAJJAL....
- AGAMA, DOA & ILMU
- ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
- KERANA PENCUNGKIL GIGI
- BERHENTI MENJADI GELAS
- FAMILY....
- RENUNGAN
- 7 KALIMAH
- CINTA SEPARUH ZARAH
- CINTA & KAWAN
- MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
- MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI
- SEBENARNYA CINTA
- NIKMAT YANG TERSIRAT
- BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
- BUSUKNYA KEBENCIAN...
- HAJI AKBAR....
- HATIMU UNTUK SIAPA
- DIMANAKAH AKU???
- NELAYAN MUKMIN VS NELAYAN KAFIR
- BIDADARI BERWAJAH MANUSIA
- SENANG VS TENANG
- SANGGUPKAH ANDA
- BANYAK UNTUNG KALAU KENAL LELAKI
- AKU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH....
- KERATAN HADIS
- ITU SANGKAAN MU
- KELEBIHAN BASMALAH
- 7 JENIS CINTA MANUSIA
- THINGS YOU DIDN'T KNOW.......
- 2 GOLONGAN PEMAKAI TUDUNG
- PESAN AYAHANDA
- UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA
- PEMARAHKAH KAMU???
- IBLIS BUAT ROMBONGAN
- SIFAT-SIFAT HIPOKRIT
- NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
- 2 KENDI AIR
- KELUHAN ANAK TENTANG KEHIDUPAN....
- PERINGATAN BUAT YANG ALPA
- PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
- TOLERANSI AGAMA
- TANDA-TANDA KIAMAT
- PEMBAHAGIAN IMAN
- TIDUR....
- NAMA SYAITAN DIDALAM AL-FATIHAH
- NABI MENANGIS DI PADANG MAHSYAR
- MIMPI RASULULLAH
- MAU SIHAT ALA RASULULLAH
- KENAPA AKU......
- TAK SEMESTINYA KAYA BARU BOLEH KAWIN
- JANGAN KUAT MAKAN....
- SYAHWAT....
- TARBIYAH ISLAMIAH
- DOAKU BUAT MU......
- KAU YANG BERNAMA LELAKI
- WANITA DISISI LELAKI
- AYAT LIMA
- ADA APA PADA NAMA
- TANDA REZEKI TIDAK BERKAT
- MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
- NIKMAT TAK TERHINGGA
- CINTA SEBENAR
- 4 IBU
- ISLAM DAN KESIHATAN
- ADAKAH KAMI BERZINA ?????
- THE STRANGERS
- KHINZIR......
- DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
-
▼
April
(82)