DIMANAKAH AKU???

Entah bila masanya aku tertidurAku pun tak tahuAlih-alih aku sudah berada di siniDi suatu tempat yang asing

Aku lihat banyak masjid yang besar dan cantik Mahal harganya, canggih pula tu Tapi alahai, orangnya hanya 5 daripada 50 sesafItupun termasuk sama imam dan bilalMasjid ada air-cond, chandelier beratus ribu nilainyaTapi mana orangnya?

Kemudian, aku lihat banyak naskah Al-QuranCantik serta halus cetakannya, pasti mahal harganyaTapi tak ada orang yang membacanyaSekadar buat perhiasan atas rak buku dan rehalKenapa? Ramai sangatkah orang buta Al-Quran?Atau sekadar diletakkan Al-Quran untuk menghalau hantu syaitan?

Selepas itu, aku bertemu dengan seorang yang tidak di kenaliLalu, aku bertanyakan padanya,Kenapa ramai orang tidak membaca Al-Quran?Katanya Al-Quran menjadi asing di hati orang fasiqKerana menganggap segala suruhan, hukum hakam AllahSudah tidak relevan di zaman iniOoo begitu!

Tidak jauh dari tempat aku berdiriAku lihat sekumpulan lelaki jahatMemandang serong dan menghina kaum muslimatYang sempurna auratnya, yang merendahkan pandangannyaDikatanya mereka itu semua kolot, tidak up-to-dateKerana tidak berambut perang dan separuh telanjangAah biadapnya!

Bukan itu saja, aku lihat kaum perempuanJuga ada yang berperangai jahat dan keparatMemandang rendah lelaki muslim yang taatLalu mencemuh muda lagi! relaks dulu brader!Marilah bang marilah bangHuh buruknya perangai!

Dan yang paling aku sedih, bila aku lihatAlim ulama disisih daripada masyarakatTiada siapa ambil tahu hidup mati merekaUmpama melukut tepi gantang, dicop ketinggalan zamanAduh pedihnya hati!

Lalu,Aku pun terfikir lagiDimanakah sebenarnya aku ini?Adakah aku berada di sebuah planet asing?Atau adakah aku orang asing?"

Template by : kendhin x-template.blogspot.com