NIKMAT YANG TERSIRAT

Nikmat Yang Tersirat

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang berada di tahun akhir pengajiannya. Dia amat mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya lantas memberitahu hajatnya kepada si ayah, ayahnya merupakan seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum dan si anak bertambah yakin. Andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya, si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima sungguh, bukan itu yang di hajatkan….. dengan hati yang berat kotak itu bertukar tangan, matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu, penutup kotak dibuka, apa makna semua ini??? sebuah Al-Quran kecil, comel dengan cover kulit tinta emas dihiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan dan amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak. “Ayah sengaja mempermainkan saya, ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu bukannya ayah tidak mampu utk membelikannya, sudah ayah……. bukan al-Quran ni yang saya nak” katanya keras. Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sepicing untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Dia memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

10 tahun telah berlalu si anak kini merupakan seorang yang berharta punyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat, cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri telefonnya berdering, peguam ayahnya memberitahu yang ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak pula diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa si anak pulang ke banglo ayahnya. Dia memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya. Hatinya sebak bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ, bagaikan setia hati ayahnya mengharap kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ mengambil al-quran itu membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari al-quran itu. Segugus kunci dan di muka belakang al-quran itu ada sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut, hatinya tertanya-tanya nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah.
Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...walau menitis air mata darah sekalipun ayahnya tidak akan kembali buat selama-lamanya. Cerita ini sekadar renungan bersama, berapa banyak kita melupakan nikmat Allah hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati????

Moga kita mendapat pengajaran dari cerita ini dan saling memperingati.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com