ITU SANGKAAN MU

Manusia hari ini suka sangka-sangkaAda sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riakOrang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjukOrang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahapOrang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka burukOrang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejekOrang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpatOrang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susukOrang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu keran mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

wallahu'alam.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com