SYAHWAT....

Imam Ghazali tidak bermaksud menghapuskan semua keinginan syahwat dengan membasmi semua sifat yang berasal daripada manusia itu kerana beliau berpendapat bahawa syahwat keinginan itu dijadikan tidak sia-sia. Syahwat keinginan itu ada faedahnya dan begitu diperlukan dalam membentuk tabiat dan budi pekerti seperti seseorang manusia sekiranya hilang keinginan untuk makan makan dia akan mati kelaparan. Begitu juga nafsu amarah jika hilang daripada diri seseorang maka dia tidak mampu membela diri daripada sesuatu yang merosakkannya. Sebaliknya jika syahwat keinginan dilepaskan semahu-mahunya maka sudah pasti ia akan merugikan kehidupan yang murni sebagai seorang manusia. Contohnya jika seseorang dengan keinginan syahwatnya kepada harta dilepaskan untuk mencintai harta itu berlebihan daripada kebiasaan maka ini akan membawa kepada kedekut dan nafsu hendak menimbunkan harta kekayaan tanpa sekatan.

Kata Imam Ghazali : " Dalam hal ini sesungguhnya tidak bermaksud memusnahkan semua keinginan itu tetapi yang dikehendaki ialah mengendalikan keinginan syahwat itu kepada taraf yang sederhana di antara keterlaluan dan kekurangan " .

Template by : kendhin x-template.blogspot.com