Muka orang Mukmin pada hari itu gilang-gemilang kerana dapat memandang
Tuhannya yang Maha Agung dan Maha Besar itu.
(Al-Qiamah:22-23)
-------------------------------------------------------------------------
Muaz…Buah Hati Rasulullah SAW
Orangnya tampan, matanya hitam, rambutnya ikal. Perwatakannya yang menarik itu memang tidak dapat disembunyikan kerana sesiapa sahaja yang melihatnya
pasti akan terpikat. Tetapi yang paling mengagumkan orang ialah kebijaksanaan
dan ketajaman fikirannya.
Muaz bin Jabal itulah namanya, seorg pemuda Yathrib yg memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair.
Ketika di Madinah, Muaz seboleh mungkin cuba untuk berada di sisi Rasulullah s.a.w dan teman-teman sebaya untuk mengkaji Al-Quran dan undang-undang Islam hingga mahir.
Kerana bijak dan tajamnya fikiran Muaz, ke mana sahaja dia pergi, orang akan datang merujuknya utk menyelesaikan masalah. Ini bukanlah pelik, memandangkan Muaz sendiri dididik oleh Rasulullah dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin daripada baginda, ditambah pula dengan fikirannya yang tajam. Muaz dikatakan murid yang paling baik kerana dididik oleh guru yang paling baik iaitu Rasulullah.
Ilmu Muaz dihormati dan diiktiraf. Pengiktirafan terbaik yang diperolehinya ialah pengiktirafan daripada Rasulullah sendiri apabila baginda berkata, “Umatku yang paling luas pengetahuannya dalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.”
Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa
orang Sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman. Lalu Rasullullah pun bertanya
kepada Muaz,”Apakah panduan engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan
keadilan?”
“Berpandukan Kitab Allah,” jawab Muaz.
“Dan jika engkau masih tak dapat menemui jawapan di dalamnya?”
“Aku akan berpandukan sunnah Rasulullah.”
“Dan jika engkau masih tidak dapat menemuinya dalam sunnahku?”
“Maka aku akan menggunakan segala kebijaksanaan dan pengetahuanku
(ijtihad) untuk membuat keputusanku sendiri.”
Rasulullah berpuas hati dan gembira dengan jawapaan itu dan berkata,”Segala puji bagi Allah yang telah memberi panduan kepada utusan Nabi dan menyenangkan hati Nabi.”
Rasulullah s.a.w. berjalan beriringan dengan Muaz dan berkata, “Wahai Muaz, mungkin engkau tidak akan bertemu dengan aku lagi. Mungkin apabila engkau pulang nanti, engkau hanya akan dapat melihat masjid dan kuburku.”
Mendengar kata-kata itu, Muaz pun menangis. Sahabat-sahabat yang lain turut ada bersama mereka juga menangis. Rasa pilu dan sepi amat dirasainya tatkala tiba saat berpisah dengan Rasulullah s.a.w. yang tercinta itu.
Kata-kata Rasulullah itu ternyata benar berlaku. Muaz tidak dapat bertemu Rasulullah lagi selepas itu. Rasulullah wafat sebelum Muaz sempat pulang dari Yaman. Muaz begitu sedih kerana apabila pulang ke Madinah, dia mendapati Rasulullah tiada lagi utk menemaninya.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a., Muaz dihantar ke Bani Kilab untuk membahagikan gaji dan sedekah daripada orang kaya kepada fakir miskin. Setelah selesai tugasnya itu, Muaz kembali kepada isterinya dgn hanya membawa pulang sehelai selimut yang menutupi lehernya, tidak ada sebarang harta yang tinggal. Lalu isterinya bertanya,”Di manakah hadiah yang sepatutnya dibawa pulang untuk keluarga nya oleh wakil-wakil yang berkhidmat dengan Khalifah?”
“Aku ada Pemerhati yang mengawasi gerak-geriku,” jawab Muaz.
“Bukankah engkau seorang yang dipercayai Rasullullah dan Abu Bakar?
Tidak patut Umar menghantar pemerhati untuk mengawasi engkau,” tambah isterinya.
Hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lalu Umar memanggil Muaz.
“Adakah aku menghantar seorang pemerhati untuk mengawasi gerak-gerimu?”
“Tidak Amirul Mukminin,” kata Muaz. “Tetapi itu hanyalah alasan yang dapat aku cari untuk isteriku.” Muaz menerangkan bahawa Pemerhati yang dimaksudkannya adalah Allah s.w.t. Umar ketawa lalu memberikan Muaz hadiah,”Aku harap dapat pemberian ini menggembirakan hatimu.”
Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar juga , Muaz bersama dua Sahabat yang lain iaitu Ubadah bin as-Samit dan Abu ad-Darda’ dihantar ke Syria untuk mengajar ilmu Islam kepada saudara-saudara baru di sana. Ubadah ditinggalkan di Homs, Abu ad-Darda’ di Damascus dan Muaz sendiri di Palestin.
Di Palestin, Muaz jatuh sakit kerana dijangkiti penyakit. Sewaktu hampir menemui ajalnya, Muaz menghadap kiblat dan mengulangi kata-kata ini,”Selamat datang ajal, selamat datang. Setelah sekian lama, seorang pengunjung datang…” Muaz berkata, “Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan, ambillah rohku dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…”
Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri
untuk berkhidmnat di jalan Allah itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh
dari keluarga dan kaumnya.
BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(114)
-
▼
April
(82)
- TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
- NAK COVER MALU.........
- PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- LEBAH MADU.....
- MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
- TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
- PANTUN UNTUK COUPLE
- 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
- KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
- MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
- PAHLAWAN NERAKA
- JENIS DARAH DAN PERIBADI
- KEMUNCULAN DAJJAL....
- AGAMA, DOA & ILMU
- ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
- KERANA PENCUNGKIL GIGI
- BERHENTI MENJADI GELAS
- FAMILY....
- RENUNGAN
- 7 KALIMAH
- CINTA SEPARUH ZARAH
- CINTA & KAWAN
- MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
- MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI
- SEBENARNYA CINTA
- NIKMAT YANG TERSIRAT
- BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
- BUSUKNYA KEBENCIAN...
- HAJI AKBAR....
- HATIMU UNTUK SIAPA
- DIMANAKAH AKU???
- NELAYAN MUKMIN VS NELAYAN KAFIR
- BIDADARI BERWAJAH MANUSIA
- SENANG VS TENANG
- SANGGUPKAH ANDA
- BANYAK UNTUNG KALAU KENAL LELAKI
- AKU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH....
- KERATAN HADIS
- ITU SANGKAAN MU
- KELEBIHAN BASMALAH
- 7 JENIS CINTA MANUSIA
- THINGS YOU DIDN'T KNOW.......
- 2 GOLONGAN PEMAKAI TUDUNG
- PESAN AYAHANDA
- UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA
- PEMARAHKAH KAMU???
- IBLIS BUAT ROMBONGAN
- SIFAT-SIFAT HIPOKRIT
- NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
- 2 KENDI AIR
- KELUHAN ANAK TENTANG KEHIDUPAN....
- PERINGATAN BUAT YANG ALPA
- PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
- TOLERANSI AGAMA
- TANDA-TANDA KIAMAT
- PEMBAHAGIAN IMAN
- TIDUR....
- NAMA SYAITAN DIDALAM AL-FATIHAH
- NABI MENANGIS DI PADANG MAHSYAR
- MIMPI RASULULLAH
- MAU SIHAT ALA RASULULLAH
- KENAPA AKU......
- TAK SEMESTINYA KAYA BARU BOLEH KAWIN
- JANGAN KUAT MAKAN....
- SYAHWAT....
- TARBIYAH ISLAMIAH
- DOAKU BUAT MU......
- KAU YANG BERNAMA LELAKI
- WANITA DISISI LELAKI
- AYAT LIMA
- ADA APA PADA NAMA
- TANDA REZEKI TIDAK BERKAT
- MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
- NIKMAT TAK TERHINGGA
- CINTA SEBENAR
- 4 IBU
- ISLAM DAN KESIHATAN
- ADAKAH KAMI BERZINA ?????
- THE STRANGERS
- KHINZIR......
- DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
-
▼
April
(82)