ADA APA PADA NAMA

Ketika seorang lelaki membuat urusan di sebuah bank, sambil menunggu nombor gilirannya dipanggil.. masuklah satu keluarga , seorang ayah, ibu dan seorang anak lelakinya dalam usia 10 tahun yang bernama ARIF, dari apa yang dia dengar semasa nama budak itu dipanggil oleh ibunya semasa hendak menyuruh anaknya melakukan sesuatu.

Keluarga ini mungkin ingin membuka akaun baru untuk anaknya. Si ibu menyuruh anaknya pergi segera ke kaunter untuk bertanya kepada kerani kaunter tanpa menunggu nombor giliran terpapar pada skrin nombor. "Arif pergi cepat tanya" suruh si ibu. Si anak teraga-agak untuk pergi kerana mereka tidak mengambil nombor giliran. "Arif ..pergi cepat.. pergi cepat" suruh si ibu lagi. Si anak masih teragak-agak ... si bapa yang duduk diam tiba-tiba bersuara.."Bodohnya budak ni...." cakap si bapa dengan kuat di bank tersebut. Saya hanya memerhati. Dan si ibu masih lagi meyuruh si anak tadi segera ke kaunter. Si anak teragak-agak.. Si bapa sering berulang kali menyebut, "Bodohnya... pergi le cepat..." Melihatkan tingkah laku mereka tiga beranak saya berfikir sendiri, Si ibu memanggil ARIF (bijak) , si bapa panggil "BODOH"...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com