Perempuan Memang Tidak Guna ???
Perempuan memang tidak guna
Kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
Perempuan memang tidak guna
Rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
Perempuan memang tidak guna
Minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi berdasarkan Sabda Baginda SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
Perempuan memang tidak guna
Kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 Surah Ibrahim.
Perempuan memang tidak guna
Masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. Surah al-Hujurat.
Perempuan memang tidak guna
Tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul SAW seperti yang disuruh oleh Allah SWT tersebut dalam ayat 59 Surah al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
Perempuan memang tidak guna
Lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentuknya untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 Surah al-Ahzab yang bermaksud "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberahian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
Perempuan memang tidak guna
Alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
Perempuan memang tidak guna
Kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam peti besi dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
Smart people learn from their own mistakes. Smarter people learn from the mistakes of others
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(114)
-
▼
April
(82)
- TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
- NAK COVER MALU.........
- PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- LEBAH MADU.....
- MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
- TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
- PANTUN UNTUK COUPLE
- 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
- KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
- MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
- PAHLAWAN NERAKA
- JENIS DARAH DAN PERIBADI
- KEMUNCULAN DAJJAL....
- AGAMA, DOA & ILMU
- ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
- KERANA PENCUNGKIL GIGI
- BERHENTI MENJADI GELAS
- FAMILY....
- RENUNGAN
- 7 KALIMAH
- CINTA SEPARUH ZARAH
- CINTA & KAWAN
- MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
- MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI
- SEBENARNYA CINTA
- NIKMAT YANG TERSIRAT
- BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
- BUSUKNYA KEBENCIAN...
- HAJI AKBAR....
- HATIMU UNTUK SIAPA
- DIMANAKAH AKU???
- NELAYAN MUKMIN VS NELAYAN KAFIR
- BIDADARI BERWAJAH MANUSIA
- SENANG VS TENANG
- SANGGUPKAH ANDA
- BANYAK UNTUNG KALAU KENAL LELAKI
- AKU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH....
- KERATAN HADIS
- ITU SANGKAAN MU
- KELEBIHAN BASMALAH
- 7 JENIS CINTA MANUSIA
- THINGS YOU DIDN'T KNOW.......
- 2 GOLONGAN PEMAKAI TUDUNG
- PESAN AYAHANDA
- UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA
- PEMARAHKAH KAMU???
- IBLIS BUAT ROMBONGAN
- SIFAT-SIFAT HIPOKRIT
- NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
- 2 KENDI AIR
- KELUHAN ANAK TENTANG KEHIDUPAN....
- PERINGATAN BUAT YANG ALPA
- PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
- TOLERANSI AGAMA
- TANDA-TANDA KIAMAT
- PEMBAHAGIAN IMAN
- TIDUR....
- NAMA SYAITAN DIDALAM AL-FATIHAH
- NABI MENANGIS DI PADANG MAHSYAR
- MIMPI RASULULLAH
- MAU SIHAT ALA RASULULLAH
- KENAPA AKU......
- TAK SEMESTINYA KAYA BARU BOLEH KAWIN
- JANGAN KUAT MAKAN....
- SYAHWAT....
- TARBIYAH ISLAMIAH
- DOAKU BUAT MU......
- KAU YANG BERNAMA LELAKI
- WANITA DISISI LELAKI
- AYAT LIMA
- ADA APA PADA NAMA
- TANDA REZEKI TIDAK BERKAT
- MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
- NIKMAT TAK TERHINGGA
- CINTA SEBENAR
- 4 IBU
- ISLAM DAN KESIHATAN
- ADAKAH KAMI BERZINA ?????
- THE STRANGERS
- KHINZIR......
- DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
-
▼
April
(82)