Oleh Zul-kifli Hussin (Pengkaji Amalan Toleransi Antara Agama)
DALAM menilai sesuatu, manusia tidak selalunya sependapat dan sefahaman. Ada kalanya idea yang diberikan dirasakan sangat bernas dan tepat, tetapi dibantah orang lain.
Orang yang dibantah pula kecewa kerana idea atau cadangannya tidak diterima. Lalu timbul rasa tidak puas hati dan berasa dirinya diperkecilkan. Cuma sebilangan kecil yang dapat menerimanya dengan dada lapang dan hati terbuka.
Hakikatnya, sama ada yang membantah atau dibantah sama-sama mesti menghormati di antara satu sama lain. Sejarah membuktikan bahawa mengabaikan sifat tolak ansur dalam mengemukakan hujah menjadikan umat Islam berpuak-puak sehingga menyebabkan suburnya perasaan saling benci membenci.
Sesungguhnya, perbezaan tidak dapat dielakkan. Hal ini ditegaskan oleh Allah yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad saw) menghendaki, tentulah Dia menjadikanmu umat yang satu (tetapi tidak berbuat demikian) Dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih” (Surah Hud, ayat 118).
Sikap Rasulullah saw ketika berhadapan dengan perbezaan pendapat dapat dijadikan panduan untuk diamalkan oleh umat Islam. Lihatlah bagaimana baginda menerima perbezaan pendapat di kalangan sahabat dengan hati terbuka.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa ketika Perang Ahzab, baginda bersabda kepada sahabatnya yang bermaksud: “Janganlah kamu menunaikan solat Asar sebelum tiba perbatasan Bani Quraizah.” Hingga matahari terbenam, mereka tidak sampai di tempat itu. Sebahagian sahabat yang mengatakan bahawa baginda pernah bersabda yang melarang mereka meninggalkan solat, mengambil keputusan untuk melaksanakan solat Asar. Sebahagian lain pula berpendapat Rasulullah melarang solat Asar sebelum sampai di perbatasan Bani Quraizah. Oleh itu, mereka menganggap bahawa meninggalkan solat Asar tidak membawa kepada dosa.
Baginda tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas mereka menceritakan perselisihan pandangan itu. Baginda memahami bahawa kedua-dua golongan mempunyai alasan masing-masing.
Golongan pertama melakukan solat Asar terlebih dulu kerana menganggap bahawa perbuatan itu bukannya mengingkari perintah Rasulullah. Sebaliknya berpendapat bahawa apa yang paling penting ialah mereka tidak terlambat sampai di perbatasan. Golongan kedua berpendapat mereka mesti segera sampai di sana. Menurut mereka itulah sebenarnya tujuan perintah baginda.
Dalam peristiwa lain, dapat dilihat bagaimana Islam mengakui perbezaan pendapat. ‘Amru bin al-‘As menceritakan bahawa: “Pada suatu malam yang dingin dalam peperangan Zatus Salasil di dataran tinggi Syam, saya bermimpi melakukan persetubuhan dengan seorang wanita. Saya bimbang jika saya mandi akan mengundang bahaya kepada saya. Lalu saya bertayammum. Selepas itu saya melakukan solat Subuh bersama-sama dengan sahabat lain. Mereka menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah saw. Kemudian baginda berkata: “Wahai Amru, kamu melakukan solat bersama-sama dengan sahabat-sahabatmu, sedangkan kamu dalam keadaan berjunub.” Lalu saya menjawabnya dengan membaca firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 29 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu.” Rasulullah tersenyum mendengar jawapan itu. (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Hakim)
Kesimpulan daripada peristiwa itu dapat difahami bagaimana Rasulullah menghormati perbezaan pendapat, selagi berada dalam kerangka ijtihad yang benar dan sahih. Penghormatan Islam terhadap perbezaan pendapat yang ditampilkan melalui peribadi baginda menjadi panduan dan ikutan sahabat baginda. Perbezaan di antara mereka berjalan menurut adab dan untuk mencari kebenaran. Sekalipun berlaku perbezaan, maka mereka menerimanya dengan lapang dada dan menyelesaikannya dengan sebaik-baiknya.
Saidina Umar ra dan Ibnu Mas’ud adalah dua sahabat Nabi yang mempunyai pengetahuan luas. Perbezaan pendapat di antara mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qaiyim mencapai seratus masalah. Namun mereka saling hormat dan merendah diri di antara satu sama lain. Adab itu menjadi ikutan oleh pendiri mazhab fiqh. Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan mereka seperti ada yang membaca Bismillah dalam al-Fatihah dan ada yang tidak membacanya. Ada juga yang membacanya secara jahar (jelas) dan ada pula yang membacanya secara sir (diam), ada yang membaca qunut dan ada pula yang tidak membacanya. Namun, semuanya itu bukanlah halangan untuk mereka untuk saling menghormati di antara satu sama lain. Daripada penjelasan itu dapat difahami bahawa sekalipun mereka berbeza pendapat, namun masih dapat menerimanya dengan dada lapang. Menghormati pendapat orang lain dengan dada yang lapang sebenarnya mencerminkan kemuliaan akhlak seseorang.
Semangat itu menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang mengutamakan toleransi sekalipun dalam keadaan berbeza pendapat.
Sikap ini juga dapat meyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa umat Islam adalah umat yang sentiasa menghormati pendapat orang lain.
Sekiranya generasi terdulu tidak menunjukkan sifat tolak ansur di antara mereka, maka bagaimana masyarakat bukan Islam dapat meyakinkan diri bahawa mereka akan diperlakukan dengan tindakan sama.
Sikap tolak ansur yang dimiliki oleh umat Islam terdulu didorong oleh kesedaran bahawa Islam sentiasa menginginkan suasana perbezaan pendapat berjalan dengan baik dan bersifat membina demi mencari kebenaran.
Dengan itu, ia dapat menyelamatkan umat Islam kepada perpecahan, sekali gus mengembalikan kekuatannya. Firman Allah bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan. Kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar” (Surah al-Anfal, ayat 46).
TOLERANSI AGAMA
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(114)
-
▼
April
(82)
- TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
- NAK COVER MALU.........
- PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- LEBAH MADU.....
- MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
- TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
- PANTUN UNTUK COUPLE
- 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
- KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
- MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
- PAHLAWAN NERAKA
- JENIS DARAH DAN PERIBADI
- KEMUNCULAN DAJJAL....
- AGAMA, DOA & ILMU
- ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
- KERANA PENCUNGKIL GIGI
- BERHENTI MENJADI GELAS
- FAMILY....
- RENUNGAN
- 7 KALIMAH
- CINTA SEPARUH ZARAH
- CINTA & KAWAN
- MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
- MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI
- SEBENARNYA CINTA
- NIKMAT YANG TERSIRAT
- BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
- BUSUKNYA KEBENCIAN...
- HAJI AKBAR....
- HATIMU UNTUK SIAPA
- DIMANAKAH AKU???
- NELAYAN MUKMIN VS NELAYAN KAFIR
- BIDADARI BERWAJAH MANUSIA
- SENANG VS TENANG
- SANGGUPKAH ANDA
- BANYAK UNTUNG KALAU KENAL LELAKI
- AKU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH....
- KERATAN HADIS
- ITU SANGKAAN MU
- KELEBIHAN BASMALAH
- 7 JENIS CINTA MANUSIA
- THINGS YOU DIDN'T KNOW.......
- 2 GOLONGAN PEMAKAI TUDUNG
- PESAN AYAHANDA
- UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA
- PEMARAHKAH KAMU???
- IBLIS BUAT ROMBONGAN
- SIFAT-SIFAT HIPOKRIT
- NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
- 2 KENDI AIR
- KELUHAN ANAK TENTANG KEHIDUPAN....
- PERINGATAN BUAT YANG ALPA
- PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
- TOLERANSI AGAMA
- TANDA-TANDA KIAMAT
- PEMBAHAGIAN IMAN
- TIDUR....
- NAMA SYAITAN DIDALAM AL-FATIHAH
- NABI MENANGIS DI PADANG MAHSYAR
- MIMPI RASULULLAH
- MAU SIHAT ALA RASULULLAH
- KENAPA AKU......
- TAK SEMESTINYA KAYA BARU BOLEH KAWIN
- JANGAN KUAT MAKAN....
- SYAHWAT....
- TARBIYAH ISLAMIAH
- DOAKU BUAT MU......
- KAU YANG BERNAMA LELAKI
- WANITA DISISI LELAKI
- AYAT LIMA
- ADA APA PADA NAMA
- TANDA REZEKI TIDAK BERKAT
- MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
- NIKMAT TAK TERHINGGA
- CINTA SEBENAR
- 4 IBU
- ISLAM DAN KESIHATAN
- ADAKAH KAMI BERZINA ?????
- THE STRANGERS
- KHINZIR......
- DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
-
▼
April
(82)