11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"
TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
NAK COVER MALU.........
1. Kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal:
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang:
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....
PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."
TANDA-TANDA BERBOHONG
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
LEBAH MADU.....
Lebah Madu
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)
Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.
Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.
Sungguh menarik untuk diketahui bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan energi? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.
Lebah memproduksi madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang memproduksi susu jauh melebihi kebutuhan anak-anaknya.
Organisasi Yang Luar Biasa Dalam Sarang Lebah
Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah. Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.Pengaturan kelembapan dan ventilasi: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualitas perlindungan tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rusak serta kehilangan kualitas perlindungan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.
Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang standar, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.
Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.
Sistem kesihatan: Lebah menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria. Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.
Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya
Penyimpanan Maksima Dengan Bahan Minima
Sarang yang dibangun lebah dapat menampung 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan sedikit bagian dari lilin lebah.
Sarang tersebut tersusun atas sarang madu berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel kecil pada kedua permukaannya. Semua sel sarang madu berukuran sama persis. Keajaiban teknik ini dicapai melalui kerja kolektif ribuan lebah. Lebah menggunakan sel-sel ini untuk menyimpan makanan dan memelihara lebah muda.
Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangun sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Sungguh menakjubkan bahwa mereka memilih struktur segi enam, bukan segi delapan atau segi lima. Ahli matematik memberikan alasannya: "struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum". Jika sel-sel sarang madu dibangun dengan bentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, sehingga lebih sedikit madu yang bisa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mendapatkan manfaatnya.
Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek.
Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak. Lebah tentu tidak akan mampu menghitung ini, yang hanya dapat dilakukan manusia dengan perhitungan geometris yang rumit. Haiwan kecil ini menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh Tuhan mereka.
Cara Menentukan Arah
Lebah biasanya harus terbang menempuh jarak jauh dan menjajagi wilayah luas untuk menemukan makanan. Mereka mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800 m dari sarang. Seekor lebah, yang telah menemukan bunga, terbang kembali ke sarangnya untuk memberi tahu lebah lain tentang tempat bunga tersebut. Bagaimana lebah ini menjelaskan lokasi bunga kepada lebah lain di sarang?
Dengan menari!… Lebah yang kembali ke sarangnya mulai menari. Tarian ini adalah untuk memberi tahu lebah lain tentang lokasi bunga. Tarian yang diulang-ulang lebah tersebut mengandung semua informasi tentang sudut, arah, jarak, dan informasi perincian lain tentang sumber makanan, sehingga lebah lain dapat mencapai tempat itu.
Tarian ini berbentuk angka "8" yang diulang terus-menerus oleh lebah tersebut (lihat gambar di atas). Lebah tersebut membentuk bagian tengah angka "8" dengan mengibas-ngibaskan ekor dan bergerak zig-zag. Sudut antara gerakan zig-zag dan garis matahari-sarang menunjukkan arah sumber makanan dengan tepat (lihat gambar di atas).
Akan tetapi, sekadar mengetahui arah sumber makanan tidaklah cukup. Lebah pekerja juga harus "mengetahui" seberapa jauh mereka harus menempuh perjalanan mengumpulkan bahan pembuat madu. Jadi, lebah dari sumber bunga tersebut memberitahukan jarak serbuk bunga dengan gerakan tubuh tertentu, yakni dengan menggoyangkan bahagian bawah tubuhnya dan menimbulkan aliran udara. Misalnya, untuk "menjelaskan" jarak 250 m, ia mengibaskan bagian bawah tubuhnya lima kali dalam setengah minit. Dengan demikian, lokasi pasti sumber makanan tersebut dapat dijelaskan dengan terperinci, baik tentang jarak maupun arahnya.
Keajaiban Madu
Tahukah Anda, betapa madu merupakan sumber makanan penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui serangga kecil ini?
Madu tersusun atas beberapa senyawa gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klor, belerang, besi, dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas nektar dan serbuk sari. Di samping itu, dalam madu terdapat pula sejumlah kecil tembaga, yodium, dan seng, serta beberapa jenis hormon.
MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Nabi Muhammad untuk meminta beliau memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Beliau bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Nabi Muhammad. beliau pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Nabi Muhammad menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian beliau mengingatkan supaya:
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi tidak mengiktiraf kebaikan iaitu tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Nabi Muhammad pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Nabi Muhammad berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?", "Tak guna sesen pun"]
Nabi Muhammad sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Nabi Muhammad yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Nabi Muhammad menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. beliau sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b. Sabda Nabi Muhammad : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah, isteri Nabi Muhammad yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Nabi Muhammad walau sedikit pun. Sepanjang hayat beliau, hati beliau dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri beliau.
Diriwayatkan juga, Malaikat Jibril setiap kali selepas memberi wahyu kepada Nabi Muhammad sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Nabi Muhammad telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah berkenan tuturkatanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Nabi Muhammad pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi:
"Nak buat baik, sangatlah mudah, maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita ubah sikap kita dari sekarang.
TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya! Pastinya cinta-Nya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintai-Nya?
1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.
2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri”.
3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.
4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??
5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.
6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”.
7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka”. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.
8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku” . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud” “Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud”.
Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.
Saudaraku, adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.
Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.
PANTUN UNTUK COUPLE
Nak kata dah kahwin,
Tapi rasanya belum lagi,
tanya bila nak kahwin?
Jawabnya tak tau lagi.
Perangai mengalahkan orang lain,
Berkepit sana sini,
Padahal bukan Muhrim,
Kononnya ikut tren masa kini...
Hairan....
Pegang tangan tak takut dosa ker,
Berpeluk-pelukan tak tau malu ker,
Tak kasihan mak bapak ker,
Suruh belajar tapi buat leka jer...
Nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak dah hantar,
Nak salahkan siapa kalau dah buat dosa,
Sendiri bangang coz tak amal apa yang diajar.
Time single dulu oK jerk, S
ekarang dah couple banyak pulak dosa,
Bila orang tegur buat derk ,
Apa kulit dah tebal nak masuk NERAKA..
Time kena tangkap khalwat,
Mula lah buat muka kelat,
Malu mengalahkan ikan jelawat,
Tambah muka penuh jerawat..
Masa 'buat' tak tau malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu, S
ekarang lagu mana..susu dah jadi keju.
Suruh sembahyang ...nanti-nanti,
Girl/boyfriend call terus jerk pergi,
Bersyukur nikmat Ilahi tak reti-reti,
boyfriend bagi bunga tulah yang dipuji.
Kalau diri dah gatal sangat,
Aaa... kahwin jer cepat lagi selamat,
Nie.. couple takde matlamat,
Sajer suka-suka penuhi syarat.
Kalau orang tegur marah,
kalau orang nasihat melenting,
Taulah...taulah... tak payah susah-susah,
Tau plak senyap time dah 'bunting'....
Dah terjadi baru nak ingat tuhan,
Itu pun nasib baik ingat,
Menangis dah tak leh tahan,
Baru sekarang menyesal bangat...
Nasib baik tuhan tu Maha Penyayang,
Masih diberikan umur yang panjang,
Ada chance nak ngucap panjang,
Mintak ampun, doa memanjang.
Perkara lepas jangan dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan untuk bersenang-senang,
Yang penting mencapai redha Allah yang Maha Luas..
******<(Smile Very Happy)>********
9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
1) Siti Khadijah
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah
Setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu. beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.
Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi.
Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang.
Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.
Sebenarnya......perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan.
Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.
Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.
Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.
Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..
Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..
Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..
"
MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
Kebesaran kitab suci al-Quran tidak dapat disangkal lagi oleh orang yang mengetahui akan keajaibannya. Orang yang berakal belum tentu mengetahui akan mukjizat terbesar al-Quran yang merupakan mu’jizat sepanjang zaman. Banyak sejarah menceritakan tentang umat-umat terdahulu yang berakal tetapi tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka untuk berfikir.Apabila mereka berfikir banyak pula daripada mereka yang menolak kebenaran disebabkan oleh kebodohon dan ketaksuban mereka terhadap agama nenek moyang mereka. Pada hal akal mereka mengetahui kebenaran sebenar.
Ya’qilun dan Ya’lamun.
Di sini terdapat perbezaan di antara berakal dan orang yang mengetahui. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Allah S.W.T. dalam firmannya: “…biarpun mereka sedikitpun tidak mengerti dan tidak mendapat petunjuk”.
Kalimah “tidak mengerti” dalam ayat ini adalah terjemah kepada kalimah laa ya’qilun (لا يعقلون), surah al-Baqarah, ayat 170. Dalam ayat lain, ayat 104, surah al-Maidah, Allah S.W.T. berfirman lagi :
“…biarpun mereka sedikitpun tidak mengerti dan tidak mendapat petunjuk”. Dalam ayat ini Allah S.W.T. menggunakan kalimah laa ya’lamun (لايعلمون) yang membawa maksud ‘tidak mengetahui’. Di sini kita dapat lihat perbezaan di antara keduanya. Hal ini banyak menimbulkan persoalan di kalangan orientalis yang mengatakan bahawa kedua-dua kalimah « ya’qilun » dan « ya’lamun » itu sama maksudnya. Ilmu dan akal, ataupun akal dan ilmu itu adalah satu. Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui, ataupun orang yang dapat menerima ilmu. Sebab itu mereka mengatakan maknanya sama sahaja.
Tetapi Kalamullah tidak ada tandingannya, para orientalis itu tidak beriman dengan al-Quran, bagaimana mereka itu dapat berhujah berkenaan al-Quran? Sekiranya mereka dapat berhujah dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan akal semata-mata sudah pasti mereka itu akan beriman dengan al-Quran. Sekiranya diteliti kedua ayat ini, kalimah « ya’qilun » itu digunakan sebagai menyatakan bahawa mereka itu (musyrikun) menafikan kebenaran disebabkan mereka itu memang pada hakikatnya mempunyai akal tetapi belum tahu apa-apa tentang Allah yang satu, sebab itu mereka menolak apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pada ayat yang menggunakan kalimah « ya’lamun », di sini menceritakan bahawasanya mereka itu berakal, kemudian mereka telah mengetahui kebenaran, tetapi masih bersikap bodoh dengan pengetahuan mereka, sebab itu mereka tidak diberikan hidayah atau petunjuk.
Bahasa al-Quran tiada tandingannya. Balaghah al-Quran sangat halus dan luarbiasa sehinggakan tidak ada seorangpun yang dapat menandinginya walaupun para penyair yang tersohor di dunia ini.
Syair dan Kalamullah.
Cuba kita datangkan seorang penyair arab yang terhebat dan kita minta penyair itu membina sebuah syair (pantun atau sajak) yang paling hebat daripada akalnya sebagai menandingi surah al-Fatihah sehingga tidak terlawan oleh penyair handalan yang lain, kemudian kita aplikasikan syair arab itu dalam solat kita sebagai menggantikan surah al-Fatihah, apakah syair yang hebat itu dapat menandingi kehebatan Kalamullah surah al-Fatihah yang hanya tujuh ayat? Penulis yakin hanya beberapa kali ulangan syair itu, sudah pasti jemu untuk mengulanginya, bahkan mungkin ada yang berkata “syair apakah ini?” Hal ini dikuatkan lagi dengan firmanNya:
“Kami tiada mengajarkan syair (pantun) kepadanya (Muhammad), dan syair itu tiada patut baginya. Dia tidak lain, hanya peringatan dan Quran yang terang” (Yaasin 36: 69). Cubakita tanya diri kita, sudah berapa ribu kali kita membaca surah al-Fatihah dalam solat dan di luar solat? Pernahkah kita jemu mengulanginya, pernahkah kita merasai sesuatu yang tidak kena pada ayat-ayat dalam surah al-Fatihah? Cukup indah susunan ayat-ayatnya. Ayat-ayatnya ringkas tetapi maksud ayat-ayatnya memerlukan penafsiran yang berjilid-jilid.
Sehingga ke hari ini ramai yang mendalami surah al-Fatihah dari sudut balaghah, bahasa, penafsiran dan lain-lain yang bersangkutan dengan surah al-Fatihah itu sendiri, walhal ayatnya hanya tujuh sahaja. Walaupun tujuh ayat tetapi masih ramai yang salah dalam melafazkan ayat-ayatnya, sehinggakan terpaksa belajar ‘alif-ba-ta’ semula kerana mahu menyebut Kalamullah dalam surah al-Fatihah dengan tartil dan mengikut seperti bacaan Rasulullah S.A.W. Hanya tujuh ayat tetapi berbagai-bagai ragamnya.
Apa itu Mu’jizat?
Mukjizat adalah suatu perkara luar biasa dari undang-undang alam, ataupun kebiasaan alam. Allah S.W.T. telah mengurniakan Mukjizat itu kepada RasulNya untuk menunjukkan dasar-dasarNya serta menetapkan mereka di atas dasar-dasar tersebut. Di samping itu Allah S.W.T. mengingatkan manusia, bahawasanya para Rasul itu adalah utusan-utusanNya yang mendapat sokongan dan bantuan dari langit. Dan apabila sesuatu perkara itu mendapat sokongan dan bantuan dari langit, nescaya ia akan melumpuhkan segala undang-undang dan kebiasaan manusia dan menjadikannya lumpuh ketika berhadapan dengan perkara itu. (rujuk: Mu’jizat al-Quran, Muhammad Mutawalli Sya’rawi (penterjemah: Syed Ahmad Semait), Singapura, ms. 6), atau (lihat: Risalah fi al-I’jaz al-Qurani, Dr Radwan Jamal al-Atrash, UIA, fasal pertama).
Antara ciri-ciri Mu’jizat itu salah satunya ialah, perkara itu tidak pernah terfikir oleh akal akan berlakunya perkara itu, ianya di luar batas pemikiran manusia dan tidak terlawan oleh seorangpun akan perkara itu melainkan Allah, sehingga tercabar akal mereka untuk menerima hakikat terjadinya perkara itu. Sebagai contoh, Allah S.W.T. telah membatalkan sifat panas pada api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Pernahkah terfikir oleh umat ketika itu tentang api yang sifatnya memang panas membakar tetapi sebaliknya menjadi sejuk ketika membakar Nabi Allah Ibrahim a.s., walhal pada ketika itu api terus menyala dan makin membesar.
Allah S.W.T. boleh menurunkan hujan supaya api itu padam dan tidak membakar Nabi Ibrahim a.s., tetapi perkara itu tidak mencabar akal mereka dan mereka pasti mengatakan yang hujan itu diturunkan sebab kuasa tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s. sendiri gentar akan api yang menyala, baginda sendiri tidak menyangka yang api itu akan bertukar menjadi sejuk. Allah S.W.T. sendiri yang memberi arahan kepada api untuk menukar tabiatnya menjadi sejuk, sebagaimana firmanNya :
“Perintah Kami (Tuhan): Wahai api! Jadilah engkau dingin dan selamat atas Ibrahim”(al-Anbiya’: 69) Walaupun begitu, kita perlu faham dengan jelas, mu’jizat itu bukanlah dimaksudkan untuk mencabar sesiapa, tetapi ia menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah yang Maha Berkuasa. Dia dapat melakukan segala apa yang dikehendakiNya.
Al-Quran merupakan mu’jizat yang kekal selama-lamanya, tidak seperti Kitab-Kitab terdahulu yang merupakan mu’jizat yang telah ditetapkan waktu ke atasnya. Mengapa al-Quran dikatakan mu’jizat sepanjang zaman? Ini terbukti dengan setiap kejadian-kejadian baru seperti bala Tsunami, jerebu, dan banyak lagi peristiwa-peristiwa terkini ternyata terdapat dalam al-Quran. Kajian-kajian Sains seperti proses kejadian anak juga disebut di dalam al-Quran, pada hal penemuan Sains itu boleh dikatakan baru sahaja ditemui. Yakinlah, perkara-perkara yang bakal berlaku kelak pasti akan terjawab dengan al-Quran. Al-Quran menghurai setiap perkara, dan bukanlah setiap perkara baru yang menghurai al-Quran. Hal ini perlu difahami dengan jelas oleh setiap Muslim.
Pada zaman baginda Rasulullah S.A.W. merupakan zaman kegemilangan para penyair. Para penyair Arab ini diangkat menjadi menteri-menteri dan orang-orang yang cukup berpengaruh di kalangan Arab pada ketika itu. Mereka ini dipuja, dihormati, dan diangkat menjadi golongan yang tersohor. Sebab itu al-Quran merupakan mu’jizat baginda yang terbesar kerana ianya diturunkan pada zaman yang cukup terkenal dengan kehebatan para penyair. Para penyair ini rasa tercabar dengan kehebatan bahasa, balaghah dan ayat-ayatNya yang terlalu tinggi nilainya, sehingga akhirnya mereka menyerah kalah dengan ketinggian bahasa, balaghah, makna, lafaz, dan susunan ayat-ayat al-Quran.
Saidina Umar dan Mu’jizat al-Quran.
Inilah mu’jizat al-Quran. Dengan beberapa potong ayat sahaja dapat mematikan kemarahan Umar r.a. Beliau dikenali dengan sifat keberanian dan kemarahan. Tidak ada sesiapapun berani menentang beliau yang sedang marah. Allah S.W.T. yang mengetahui rahsia setiap sesuatu. Ketika beliau sedang panas-baran selepas mengetahui tentang keIslaman adiknya (Fatimah), lalu beliau berazam mahu membunuh adiknya, tetapi belum sempat membunuh, beliau sendiri tersentak apabila mendengar adiknya melafazkan kalimah yang tidak pernah didengarinya sebelum ini dari awal surah Taha.
Kuasa marahnya itu lentur seketika itu juga. Adakah syair Arab dapat melentur kemarahan Umar al-Khattab sebagaimana bahasa al-Quran? Pada hal beliau sendiri tidak memahami sepenuhnya maksud ayat-ayat al-Quran yang dibacakan adiknya, dan sebelumnya beliaulah orang yang paling menentang baginda S.A.W. Inilah yang dikatakan mu’jizat sehingga mencairkan rasa marah Umar lantas terus melafazkan syahadah di hadapan Rasulullah S.A.W. seketika selepas peristiwa itu. Memang ianya berlawanan dengan logika pemikiran kita, hanya sekadar bahasa dapat mengetuk pintu hati Umar r.a.
Mu’jizat Bahasa di Dalam al-Quran (I’jaz Lughawi fi al-Quran).
Allah berfirman dalam surah al-Mujaadilah, ayat 1: “...Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat”
Mari kita renung sejenak keunggulan dan ketinggian bahasa al-Quran. Pernahkah kita ketemu ayat yang menyebut “penglihatan” dahulu, kemudian barulah disusuli dengan “pendengaran”? Jawapannya ialah ‘tiada’ sama sekali. ٍSebagai contoh, rujuk ayat di atas.
Sekiranya wujud “penglihatan” mendahului “pendengaran”, penulis yakin itu bukanlah al-Quran tetapi ianya adalah al-Quran yang telah dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap ayat yang menyebut tentang penglihatan dan pendengaran, pasti pendengaran itu yang didahulukan. Mengapa tidak penglihatan?
Dalam perbualan seharian kita, seringkali kita menyebut “penglihatan dan pendengaran”, jarang sekali dan barangkali tidak pernah menyebut “pendengaran dan penglihatan”. Sebagai contoh, cuba rujuk surah al-Baqarah, ayat 7 yang bermaksud “Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka, dan atas penglihatan-penglihatan mereka ditutup, dan untuk mereka itu seksa yang besar”. Cuba kita lihat pula ayat 22, surah Fusshilat “Dan kamu tiada dapat menyembunyikan diri supaya menyaksikan atas kamu pendengaran kamu dan penglihatan-penglihatan kamu”.Boleh juga lihat pada ayat-ayat lain yang ada menyebut tentang pendengaran dan penglihatan, pasti didahului dengan pendengaran kemudiannya baru disusuli dengan penglihatan.
Di sini menjelaskan bahawa pendengaran merupakan anggota yang lebih utama daripada penglihatan. Manakan tidak, orang yang buta tidak dapat melihat seluruh isi alam, bebannya lebih besar, dia akan melanggar apa sahaja di depannya. Tetapi jika hilang pendengaran, ia masih boleh melihat, musibahnya masih lebih ringan berbanding si buta. Lebih baik tidak mendengar daripada tidak melihat. Justeru, didahulukan pendengaran kerana orang yang pekak lebih baik daripada orang buta kerana beban yang ditanggungnya tidak seberat orang buta. Sebab itu boleh dikatakan pendengaran itu lebih utama fungsinya, kehilangannya tidak terlalu membebankan.
Seterusnya, pendengaran merupakan anggota pertama yang berfungsi bagi setiap manusia. Sejak dari dalam perut lagi, si anak akan mendengar setiap apa yang ibunya sebut. Sekiranya ibunya suka membaca al-Quran insya-Allah si anak akan menjadi anak yang cintakan al-Quran apabila dewasa kelak. Begitulah sebaliknya. Nikmat melihat itu akan bermula selepas bayi dilahirkan, itupun masih memakan masa untuk si anak melihat dunia dan seisinya, tidak sejurus selepas dilahirkan. Juga, jika seorang manusia tidur, maka semua anggotanya ikut bertenang sama, melainkan pendengarannya. Jika anda ingin membangunkan seorang yang sedang tidur dengan meletakkan sesuatu dekat dengan matanya, dia tidak akan merasakannya. Akan tetapi apabila anda melakukan suara bising dekat dengan telinganya, maka ia akan bangun tersentak. Oleh kerana itu jam loceng dicipta bertujuan untuk mengejutkan seseorang daripada tidurnya.
Selain itu, ada satu lagi persoalan timbul, mengapa kalimah ‘pendengaran’ “sam’i” (سمع) digunakan secara mufrad (satu) selalu, dan bila menggunakan kalimah ‘penglihatan’ “abshar” (أبصار) selalu menggunakannya secara jama’ (banyak)? Mengikut kaedah atau undang-undang Nahu (tatabahasa), sekiranya di awalnya mufrad, seterusnya haruslah mufrad, begitu juga sebaliknya. Kalimah Sam’i (سمع) haruslah digandingkan dengan Bashar (بصر), sekiranya mahu menggunakan Abshar (أبصار) haruslah sebelumnya digunakan dengan kalimah Asma’ (أسماع)yang merupakan jama’ bagi kalimah Sam’i(سمع) .
Penglihatan itu adalah suatu pancaindera yang dikuasai oleh manusia dengan kemahuannya sendiri. Kita boleh melihat apa yang kita suka, dan boleh juga tidak melihat apa yang kita tidak suka. Sesuatu perkara yang kita tidak suka lihat, kita boleh pejamkan mata kerana salah satu tugas dan fungsi mata ialah menutup mata. Otak akan memberi arahan kepada mata, dan mata akan menjalankan tugasnya dengan sendirinya tanpa paksaan.
Tetapi tidak pula pendengaran. Pendengaran tugasnya hanya satu iaitu mendengar. Sekiranya kita suka atau tidak suka mendengar, kita tetap mendengar kerana memang itu tugas pendengaran. Sekiranya kita tidak suka mendengar sesuatu perkara, otak tidak boleh memberi arahan kepada pendengaran kita untuk tidak mendengar, melainkan kita terpaksa memasukkan sesuatu untuk menutup lubang pendengaran kita supaya tidak mendengar. Memasukkan sesuatu ke dalam lubang pendengaran supaya tidak mendengar merupakan suatu perkara yang di luar tugasan pendengaran. Telinga tetap mendengar walaupun ianya diganggu dengan sebab lain yang datangnya dari luar kawalan pendengaran.
Sekiranya kita tunjukkan sekeping gambar kepada tiga orang pelajar, dua daripadanya suka kepada gambar itu, maka mata mereka akan tidak akan pejam, tetapi seorang pelajar lagi tidak suka kepada gambar tadi maka dengan sendirinya mata pelajar ini akan pejam kerana memang itu tugas mata. Tetapi sekiranya kita dengarkan kepada tiga orang pelajar ini dengan satu bunyi, sekiranya ketiga-tiganya, atau, seorang, atau dua daripadanya tidak suka mendengar bunyi tersebut, mereka tetap akan mendengar melainkan mereka terpaksa menggunakan tangan untuk menutup pendengaran mereka, walaupun tertutup telinga dengan tangan mereka tetapi telinga tetap terus menjalankan tugasnya iaitu mendengar.
Di sini jelas kepada kita bahawasanya mata itu banyak ragamnya, fungsinyapun pelbagai, sebab itu Allah S.W.T. hanya menggunakan perkataan jama’ pada kalimah Abshar (penglihatan-penglihatan). Sebab mufrad pada kalimah Sam’i (pendengaran) dalam ayat al-Quran telah menjelaskan yang ragam pendengaran ini cuma satu iaitu mendengar. Inilah dia mu’jizat bahasa al-Quran, tiada yang lebih terperinci melainkan ia. Dengan penggunaan perkataan mufrad(Sam’i) dan jama’ (Abshar)itupun sudah memberitahu kita penjelasan yang tidak pernah terfikir oleh kita sebelum ini melainkan bagi mereka yang sudah mengetahui, bukan sekadar ada akal tetapi tidak memikirkan tentang kebesaran Allah.
Hanya dengan satu kalimah sahaja dapat menghuraikan pelbagai persoalan. Inilah dia Mu’jizat al-Quran yang tidak ada suatu ilmupun yang dapat menjelaskan al-Quran tetapi al-Quran itu sendiri yang menjelaskan setiap sesuatu di dunia ini, yang berterusan selama-lamanya.
Sebagai penutup, penulis ingin membawa sepotong ayat al-Quran: “Jika kamu dalam ragu-ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surah seumpamanya dan panggillah saksi-saksimu lain daripada Allah, jika kamu orang yang benar”(al-Baqarah, ayat 23).
Sekiranya ada golongan yang ingin mempertikaikan kebesaran al-Quran dari sudut bahasa atau selainnya, maka bacakan kepada mereka firman Allah seperti di atas, nescaya mereka pasti terdiam, buntu, dan gagal untuk mencipta hanya sepotong ayat sepertimana ayat Allah, apatah lagi satu surah daripada al-Quran Kalamullah. Wallahu a’lam.
sumber asal dipetik dari www.iluvislam.com
PAHLAWAN NERAKA
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah
seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.
" Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
JENIS DARAH DAN PERIBADI
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
dipetik dari www.ukhwah.com
KEMUNCULAN DAJJAL....
Sebagai mujahid & para khalifah Allah, selain daripada bersedia dengan tanggungjawab membawa daulah Islamiyah untuk disuburkan di negara ini serta seluruh dunia amnya, adalah molek juga kita turut saling mengingati tentang beberapa perkara yang telah dijanjikan Allah yang akan menjadi cabaran yang getir kepada umat Islam sedunia, yang jika kita tidak bersedia menghadapinya, akan binasalah kita di dalam kehancuran yang dibawa oleh DAJJAL AL-MASIH.
Hamba baru memperoleh info ini dari laman yang maaf hamba dah terlupa namanya. Mungkin ada antara kita yang masih belum maklum tentang hal ini jadi hamba terbitkan untuk tatapan semua. Renung-renungkan, dan selamat beramal... (macam familiar saja tag ini?)
Hamba mulakan dengan kisah Tasik Thabaniyyah yang terletak di dalam negara haram Israel Laknatullah. Tasik ini juga dikenali sebagai Sea of Galilee atau Lake Kinneret.
Dilaporkan tasik tersebut semakin hari semakin mengering airnya dan akan bertambah kritikal menjelang penghujung tahun 2008.
1. Sea of Galilee at lowest level in 5 years, (Dated January 02, 2008)
Sila rujuk: http://www.israeltoday.co.il
2. The Water Authority's Hydraulic Service predicts that the levels of Lake Kinneret, the western Mountain Aquifer (Yarkon-Taninim) and Coast Aquifer will plunge below the safe minimum by the end of the year. The Kinneret's surface is expected to drop to 214.2 meters below sea level, more than a meter below the safe minimum. (Dated March 12, 2008).
Sila rujuk: http://www.haaretz.com
3. "By end of summer, the Sea of Galilee will be very close to the point where we cannot pump water any more," said Ronen, referring to a prime source for the company, along with the coastal and mountain aquifers.
Falling water levels in the aquifers are expected to diminish water quality, especially if the coastal aquifers drop low enough to allow in sea water. (Dated March 23, 2008)
Ronen - wakil dari Mekorot syarikat air nasional Israel.
Sila rujuk: http://www.irinnews.org
Apa kaitannya tasik mereka nak mengering dengan kita? Signifikan kaitannya. Kerana ia berkadar terus dengan riwayat hadis muslim dari Rasulullah s.a.w tentang kisah Si Pendusta Akhir Zaman:
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-saya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda. Aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku. Aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata. Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir. Aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.
Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,"Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?" Dia menjawab "Kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?"
Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina.
Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!” (Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
"Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?"
“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah."
Lalu dia berkata lagi:
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?"
“Apakah tasik itu masih berair ?"
"Ya Tasik itu masih banyak airnya.”
Balas manusia itu Sesungguhnya air tasik itu hampir habis.”
Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!” (Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?”
“Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.”
“Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?”
“Dia telah keluar dari Mekah menuju Yathrib,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
"Ya."
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka?"
“Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?”
"Ya."
‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kota Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu. Aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata,
“Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab; "Benar."
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.
Demikianlah kisahnya...Wallahu'alam.
Dari laman asal www.ukhwah.com
AGAMA, DOA & ILMU
"MANUSIA adalah ciptaan Allah. Dalam Islam, ini harus diyakini. Keyakinan inilah menjadikan manusia percaya bahwa Allah itu ada di sekeliling kita. Dengan kepercayaan itu timbullah apa yang disebut agama.Orang-orang yang beragama dan menjalankan agama itu secara baik, benar, dan sesuai dengan apa yang dikerjakan Nabi Muhammad saw., tentu akan berdoa dan mau menuntut ilmu.Doa yang dipanjatkan kepada Allah itu bermacam-macam, sesuai dengan kebutuhan dan keinginan masing-masing. Umumnya manusia itu berdoa ketika datang kesulitan, kesusahan, dan penderitaan. Padahal kesulitan, kesusahan, dan penderitaan itu adalah ujian atau cobaan bagi setiap manusia hidup.Selanjutnya..Dalam hidup, manusia selalu mendapat cobaan, sampai di mana imannya atau keyakinannya terhadap Allah. Allah selalu memberikan cobaan terhadap manusia, baik dengan anak, keluarga, harta, pangkat, kedudukan, sakit, senang, susah, bahagia, dan sebagainya. Sebab itulah Allah selalu mengadakan serbadua, bodoh dan pandai, tinggi dan rendah, kaya dan miskin, banyak dan sedikit, dan lain-lainnya.Kesadaran manusia, akan timbul ketika datang masalah seperti sakit dan susah. Di saat inilah mereka berdoa ke hadirat Allah, memohon agar sakit yang dideritanya disembuhkan-Nya. Supaya kesusahan/penderitaan ini dicukupkan Allah sampai di sini. Doa yang tidak bosan-bosannya dia panjatkan kepada Allah, karena tidak tertahan penderitaan yang dia tanggung selama ini.Pepatah lama mengatakan, "Lama hidup banyak dirasai". Penderitaan hidup yang banyak dirasakan manusia itu, lama-kelamaan (umumnya) mendatangkan kesadaran. Dia berdoa kepada Allah, meminta dibebaskan dari perasaan/penderitaan. Memohon ampun dari segala dosa yang telah lalu.Setelah 59 tahun bangsa Indonesia merdeka, masih banyak rakyat yang melarat, hendaknya semakin banyak yang berdoa, tetapi kenyataannya kemelaratan/penderitaan itu tak kunjung berkurang. Ini satu bukti bahwa tidak banyak yang berdoa. Allah telah berfirman dalam Surat An-Naml ayat 62, "Atau siapakah yang memperkenankan permintaan (doa) orang yang melarat (kesulitan/menderita), bila ia berdoa (meminta), serta menghilangkan kemelaratannya itu, dan menjadikan kamu menjadi khalifah di muka bumi? Adakah Tuhan selain Allah? Bahkan kebanyakan mereka amat sedikit yang mengingat-Nya (berdoa/mengerti)."Untuk itu Nabi Muhammad saw. pernah berkata, "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina sekalipun". Kalaulah mereka selalu mengingat-Nya, tentu penderitaan itu akan hilang setelah berdoa. Tetapi karena mereka tidak berilmu, maka berdoa pun tidak mau. Mereka tidak mengunjungi masjid, tidak pernah ke pengajian, tidak pernah mendengarkan ceramah, tegasnya mereka tidak menuntut ilmu.Menuntut ilmu atau belajar bukan hanya di sekolah, tetapi dengan membaca pun ilmu akan bertambah dan wawasan pun akan jadi luas. Ilmu pun ada di mana-mana. Yang penting, mau mencarinya atau menuntutnya.Dalam berdoa pun orang menyelipkan, "Tambahlah ilmuku ya Allah". Sebagaimana dalam Alquran Surat Thaahaa 114, "Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang Sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Alquran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah, 'Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadamu ilmu pengetahuan.'"Kita pun diperintahkan untuk mempelajari ilmu agama. Sebagaimana tertera dalam Alquran Surat At-Taubah ayat 122,"Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."Jelas, betapa pentingnya ilmu pengetahuan bagi kemajuan umat Islam. Maka tidak salah Nabi Muhammad saw. menganjurkan untuk menuntutnya sampai ke negeri Cina. Kita pun tahu bahwa tulis-baca adalah kunci ilmu pengetahuan, sebagaimana terdapat dalam Surat Al-'Alaq (segumpal darah) 1, 2, 3, 4, dan 5.Dalam ayat-ayat ini kita dapat mengetahui Maha Penciptanya Allah, dan mengajarkan manusia tulis baca dengan perantaraan kalam. Allah pun mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. Maka di sini pun kita mengerti dan tahu, betapa pentingnya agama, doa, dan ilmu bagi manusia. Kemudian kita pun ingat apa yang pernah dikatakan Prof. Dr. H.A. Mukti Ali, "Dengan ilmu, kehidupan menjadi enak; dengan seni, kehidupan menjadi halus, dan dengan agama, hidup menjadi terarah dan bermakna." Di sini perlu kita tambahkan, "Dengan berdoa, hidup menjadi tenang dan tenteram."Kelihatan sekarang betapa pentingnya orang beragama, berdoa, dan berilmu. Masih dalam ilmu, Salomon pernah berkata, "Ilmu adalah yang paling utama, karena itu pelajarilah ilmu itu, dan dengan segala kesanggupan carilah pengertian." Sebagai penutup kita kutipkan apa yang dikatakan oleh Ali bin Abu Thalib, "Segala keranjang dapat penuh karena isi, hanya keranjang ilmu, kian diisi kian minta tambah isi."
ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
"Zikr-al Maut Yang Mengundang Maut"Syurga itu cantik. Ada kanak-kanak di dalamnya," beritahu seorang guru kepada anak muridnya."Orang mati akan masuk Syurga. Di Syurga semua yang kita mahu Allah akan bagi," tambahnya lagi."Kamu kena ikut cakap emak ayah kamu. Macam mana kalau emak dengan ayah kamu mati? Kamu nak?" ugut seorang ustazah kepada anak muridnya yang degil. Dialog-dialog di atas adalah dialog pelajaran 'Zikr al-Maut' yang disampaikan kepada murid-murid sekolah. Bagi yang lebih kreatif, penyampaikan disertakan pula dengan video-video tentang kematian dengan audio dan visual yang menakutkan.Alasannya mudah, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!Sabda Nabi SAW:"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)" Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.Kata-kata Fudhail ibn �Iyadh yang masyhur:Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)KANAK-KANAKAkan tetapi kita tidak harus lupa, bahawa Islam mengajar kita supaya bercakap secara empati. Melihat keadaan manusia yang dibicarakan, sertakan membahasakan mereka sesuai dengan taraf keupayaan akal fikiran yang ada.Justeru pesanan-pesanan tentang kematian yang tidak diteliti, bisa mengundang kesan yang sebaliknya.Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya.Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea 'membunuh' ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan.Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.THE GOOD SONSaya teringat kepada filem The Good Son (1993) lakonan Macaulay Culkin (sebagai Henry) dan Elijah Wood (sebagai Mark). Idea tentang 'mati' yang disuntik secara salah kepada kanak-kanak pada usia seperti itu, telah mencetuskan pemikiran di kepala Henry untuk menjadikan kematian sebagai 'penyelesaian' kepada tekanan dan saingan yang tidak disenanginya.Henry telah mengembangkan idea sociopath di kepalanya secara berperingkat. Bermula dengan perbuatan membunuh anjing jirannya, menjatuhkan patung 'Mr. Highway' dari jejantas ke lebuhraya hingga menyebabkan kemalangan besar, hinggalah membawa kepada suatu bencana yang mana ibu Mark, iaitu Susan (lakonan Wendy Crewson) terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan Mark atau Henry! Salah seorang daripada mereka terbunuh di akhir filem ini.Kali pertama saya menonton filem tersebut, ia amat mengganggu fikiran saya. Tetapi saya terpaksa menontonnya sekali lagi, demi untuk memahami perilaku anak saya yang bercakap tentang kematian dalam format yang mengundang cemas.FALSAFAH MATISesungguhnya kematian itu, falsafahnya tidak mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Pemikiran simplistik mereka menyebabkan satu-satu idea tentang kematian, ditafsirkan secara yang merbahaya. Usia anak-anak di umur pra-sekolah, adalah usia keghairahan yang tinggi untuk belajar, bertanya dan mencuba. Justeru peringatan-peringatan yang melampau terhadap kematian kepada kanak-kanak di usia sebegini, amat berisiko.Kanak-kanak mungkin akan hidup dalam tekanan dan keresahan disebabkan oleh idea tentang mati.Kanak-kanak juga mungkin akan berusaha 'mempercepatkan' kematian dengan alasan mahu berpindah atau memindahkan orang-orang yang disayanginya kepada kehidupan yang lebih baik dan indah!PERBUATAN DAN BALASANOleh itu, adalah memadai untuk anak-anak diberikan kefahaman bahawa kematian itu adalah perpindahan manusia dari kehidupan dunia kepada kehidupan baru yang mana segala perbuatan baik dibalas oleh Allah dengan kebaikan (Syurga), manakala kejahatan dibalas dengan hukuman Neraka.Penekanan perlu dibuat kepada aspek perbuatan dan kesan perbuatan supaya berfikir tentang mati itu boleh menjadi elemen yang mendidik, dan bukan menyuntik salah faham yang fatal!MATI HANYA DENGAN SEBABPerlu juga diberi perhatian oleh kita semua bahawa kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan idea bahawa mati itu boleh berlaku tanpa sebab. Hal ini mencetuskan kegelisahan yang amat serius dan menjadikan mereka putus asa terhadap kehidupan.Kombinasi di antara tekanan, kemurungan, putus asa, dan idea 'membunuh diri' sudah cukup untuk menyalakan 'lampu kecemasan' kepada ibu bapa untuk anak-anak ini dibawa segera mendapatkan rawatan profesional.Mati kerana kemalangan.Mati kerana sakit.Mati kerana dibunuh orang jahat.Nyatakan sebab-sebab yang boleh menjadi punca kematian. Sebab-sebab ini boleh berfungsi untuk mencegah mereka daripada bermain dengan alat elektrik, bermain di jalan raya dan lain-lain perbuatan yang mendedahkan diri mereka kepada bahaya.Tetapi jangan sekali-kali diberikan idea bahawa di antara kekuasaan Allah ialah mematikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, kerana ini membunuh jiwa kanak-kanak yang belum mumayyiz ini.Hal ini tidaklah sama sekali bermaksud bahawa kita tidak berlaku jujur dengan mereka, sebaliknya tindakan ini adalah kerana meraikan keupayaan akal mereka yang terbatas.BILA PERLU SAHAJA"Nak ayah mati? Kalau ayah mati dan kamu tak pandai, kamu nak kerja apa? Siapa nak bagi kamu makan?" ugut si bapa kepada anak, semata-mata kerana anak enggan mengulangkaji pelajaran.Kemalasan itu suatu kekhuatiran. Tetapi menanganinya dengan idea MATI, adalah sangat melampaui keperluan malah merbahaya.Bukanlah suatu bahan pendidikan yang baik, untuk kanak-kanak yang memiliki segala cita-cita dan impian masa depan ini, di'basuh' dengan idea tentang kematian secara berterusan. Ia sepatutnya dibicarakan hanya apabila datang keperluan. Misalnya semasa dia bertanya, atau melihat peristiwa kematian ahli keluarga dan yang seumpama dengannya.Bercakaplah tentang mati hanya semasa perlu sahaja.HARAPAN UNTUK HIDUP"Kawan saya sakit macam awaklah. Tiga hari lepas tu dia meninggal dunia," kata seorang lelaki semasa menziarahi rakannya yang sedang menerima rawatan di hospital.Orang seperti ini bukan sahaja bercakap dari kerendahan mentalitinya, bahkan ia menyalahi Sunnah yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Justeru pesakit harus didamaikan jiwanya dengan harapan dan dorongan untuk sembuh dan bukannya bercerita tentang mati dan harga terkini untuk semeter kain putih!Begitu jugalah perihalnya dengan kanak-kanak.Mereka sedang belajar untuk melihat dunia. Jiwa mereka penuh harapan dan cita-cita. Menjadi suatu jenayah apabila segala potensi ini dibunuh oleh kesalahan kita memperkenalkan silibus manusia tua yang degil seperti kita, kepada kanak-kanak yang fitrah dan luhur itu.Pepatah Arab menyebut:"Setiap tempat itu ada topik bicara (yang sesuai dengannya)"Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah suatu kezaliman.Justeru ibu bapa dan guru, jangan zalimi anak-anak kita, biar pun pada soal sebaik Zikr al-Maut!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
KERANA PENCUNGKIL GIGI
Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini.... lelaki itumenjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah.... Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya. Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu diikatnya elok-elok dan pergilah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku nya... tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....astaghfirullahalazim...Eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini... Adakah kita pernah mengambil barang barang drp office sama ada drp sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya....?Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah benar... Dan syurga itu adalah benar...wassalam...
BERHENTI MENJADI GELAS
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.”Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”
FAMILY....
I ran into a stranger as he passed by, "Oh excuse me please" was my reply.He said, "Please excuse me too, I wasn't watching for you."We were very polite, this stranger and I. We went on our way and we said good-bye.But at home a different story is told, How we treat our loved ones, young and old.Later that day, cooking the evening meal, My son stood beside me very still.When I turned, I nearly knocked him down. "Move out of the way," I said with a frown.He walked away, his little heart broken. I didn't realize how harshly I'd spoken. While I lay awake in bed, God's still small voice came to me and said," While dealing with a stranger, common courtesy you use, but the family you love, you seem to abuse. Go and look on the kitchen floor,You'll find some flowers there by the door.Those are the flowers he brought for you. He picked them himself: pink, yellow and blue. He stood very quietly not to spoil the surprise, you never saw the tears that filled his little eyes."By this time, I felt very small,And now my tears began to fall.I quietly went and knelt by his bed;"Wake up, little one, wake up," I said."Are these the flowers you picked for me?"He smiled, "I found them, out by the tree.I picked them because they're pretty like you.I knew you'd like them, especially the blue."I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;I shouldn't have yelled at you that way."He said, "Oh, Mom, that's okay.I love you anyway."I said, "Son, I love you too, and I do like the flowers, especially the blue." FAMILY Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days.But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives.And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?So what is behind the story?
Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
RENUNGAN
Some ponderable words of the Quran
(Beberapa kata renungan dari Qur'an)
Fajr: Those Who Do Not Say Their Prayers Of Subuh, the glow of their face is taken away
(Orang yang tidak melakukan sholat pada Fajar/Subuh, dijauhkan cahaya muka yang bersinar)
Zohor/Dhuhur: the blessing of their income is taken away.
(Tidak diberikan berkah dalam rezekinya)
Asar: the strength of their body is taken away.
(Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan)
Maghrib: they are not benefacted by their children.
(Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya)
Isha': the peace of their sleep is taken away.
(Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya)
Al-Quran: "Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".
(Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain ")
7 KALIMAH
Barang siapa MENJADIKAN AMALAN tujuh kalimat ini , ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosa kecilnya walau sebanyak buih laut.
1.Mengucap Basmallah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.Mengucap InsyaAllah jika merancang berbuat sesuatu di hari esok.
5.Mengucap Lahaula wala Quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6.Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7.Mengucap La ilaha illallah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, walau lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa
CINTA SEPARUH ZARAH
KEHEBATAN CINTA HAKIKI
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari
manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani
merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq (The Creator).
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah :)
Tetapi mereka lupa kepada kubur :( " Intan itu jika terbenam diperlimbahan sekalipun,
tiada akan hilang cahayanya
Wallahualam
"Wa qul jaaa'al haqqu wazahaqol baatilu innalbaatila kaana zahuuqo"
Say: the truth has come and falsehood has departed, indeed falsehood by its nature is bound to depart [ Al-Isra'
CINTA & KAWAN
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??Kerana ... CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!Di dalam telaga CINTA hilang ...
Kenapa??Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu...
Kenapa??
Kerana ...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ...kan?So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
Senarai Makanan Dan Hikmahnya
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qurnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah(jazzar)
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan.Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (bazinjan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda,"Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama-bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan,menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,tangan dan kaki menjadi kebiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer)dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging(lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa.Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2009
(114)
-
▼
April
(82)
- TIPS AGAR TIDAK BOSAN DIDALAM LIF
- NAK COVER MALU.........
- PERBEZAAN OTAK LELAKI DENGAN OTAK PEREMPUAN
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- LEBAH MADU.....
- MUDAHNYA WANITA KE NERAKA
- TANDA-TANDA DILAMUN CINTA
- PANTUN UNTUK COUPLE
- 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
- KISAH SEEKOR KUPU-KUPU
- MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN
- PAHLAWAN NERAKA
- JENIS DARAH DAN PERIBADI
- KEMUNCULAN DAJJAL....
- AGAMA, DOA & ILMU
- ZIKR AL-MAUT YANG MENGUNDANG MAUT
- KERANA PENCUNGKIL GIGI
- BERHENTI MENJADI GELAS
- FAMILY....
- RENUNGAN
- 7 KALIMAH
- CINTA SEPARUH ZARAH
- CINTA & KAWAN
- MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
- MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI
- SEBENARNYA CINTA
- NIKMAT YANG TERSIRAT
- BUAH HATI RASULULLAH S.A.W
- BUSUKNYA KEBENCIAN...
- HAJI AKBAR....
- HATIMU UNTUK SIAPA
- DIMANAKAH AKU???
- NELAYAN MUKMIN VS NELAYAN KAFIR
- BIDADARI BERWAJAH MANUSIA
- SENANG VS TENANG
- SANGGUPKAH ANDA
- BANYAK UNTUNG KALAU KENAL LELAKI
- AKU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH....
- KERATAN HADIS
- ITU SANGKAAN MU
- KELEBIHAN BASMALAH
- 7 JENIS CINTA MANUSIA
- THINGS YOU DIDN'T KNOW.......
- 2 GOLONGAN PEMAKAI TUDUNG
- PESAN AYAHANDA
- UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA
- PEMARAHKAH KAMU???
- IBLIS BUAT ROMBONGAN
- SIFAT-SIFAT HIPOKRIT
- NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
- 2 KENDI AIR
- KELUHAN ANAK TENTANG KEHIDUPAN....
- PERINGATAN BUAT YANG ALPA
- PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA....
- TOLERANSI AGAMA
- TANDA-TANDA KIAMAT
- PEMBAHAGIAN IMAN
- TIDUR....
- NAMA SYAITAN DIDALAM AL-FATIHAH
- NABI MENANGIS DI PADANG MAHSYAR
- MIMPI RASULULLAH
- MAU SIHAT ALA RASULULLAH
- KENAPA AKU......
- TAK SEMESTINYA KAYA BARU BOLEH KAWIN
- JANGAN KUAT MAKAN....
- SYAHWAT....
- TARBIYAH ISLAMIAH
- DOAKU BUAT MU......
- KAU YANG BERNAMA LELAKI
- WANITA DISISI LELAKI
- AYAT LIMA
- ADA APA PADA NAMA
- TANDA REZEKI TIDAK BERKAT
- MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
- NIKMAT TAK TERHINGGA
- CINTA SEBENAR
- 4 IBU
- ISLAM DAN KESIHATAN
- ADAKAH KAMI BERZINA ?????
- THE STRANGERS
- KHINZIR......
- DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT
-
▼
April
(82)