UBAT UNTUK MENGUBATI DOSA

Ubat mengubati dosa, seseorang itu hendaklah tingan di kebun IMAN, kemudian ambillah akar-akar NIAT dan bijirin PENYESALAN di dalam kebun itu. Ambillah pula daun-daun MEMPERBAIKI DIRI dan AZAM, taburlah biji WARA’, buah FIQH dan dahan-dahan TAKIN, saripatinya IKHLAS dan kulitnya IJTIHAD. Ambillah pula akar-akar TAWAKAL, sempurnakan dengan IKHTIAR, minumannya air TAUBAT dan ubat TAWADHUK. Ubat-ubat itu hendaklah diambil oleh hati yang HADIR, WASPADA dan FAHAM. Peganglah TAUFIQ, ekmudian tempatkan di bekas TAHKIK dan hendaklah dibasuh dengan air mata PENYESALAN.
Selepas itu letakkan ia di dalam periuk RAJA’ (HARAPAN), kemudian nyalakan api RINDU di bawahnya hingga timbul buih-buih HIKMAT yang banyak. Setelah masak, tuagkan ia di dalam dulang REDHA dan kipaslah dengan kipas ISTIGFAR. Dengan demikian akan mendapatkan minuman yang sangat jernih, asli dan sedap. Akhirnya minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tidak seorang pun melihatnya sehingga dia sembuh dan dosanya terkikis

Template by : kendhin x-template.blogspot.com