MAMAT DAN MINAH YANG DIKASIHI

mamat dan minah yang sangat dikasihi,

pagi ini aku lihat kamu tak bangun mengerjakan solat subuh.ini bagus sekali kerana kamu tidak merusakkan tidurmu kerana tidur yang cukup amatlah penting untuk kesehatan badan agar tidak memeningkan kepala di siang hari. kurang tidur tidak bagus untuk kecergasan otakmu. jangan perduli kokok ayam di dinihari.
tariklah selimutmu dan teruskan tidurmu sampai matahari naik tinggi.

aku lihat kamu makan dan kamu minum tanpa membaca Bismillah. ini sangat bijak atas dirimu kerana kamu tidak memenatkan mulut tak tentu pasal. makanan dan minuman adalah rezeki dari Tuhan.makanlah sekehendaknya sampai kenyang. apabila sudah kenyang, rehatlah dan tidurlah agar badanmu tak letih.

aku lihat seorang peminta sedekah datang ke pintu rumahmu. kamu menghalau dia, tanpa memberi se-sen pun ataupun seteguk air. ini tindakan yang bagus juga kerana kamu tidak membazirkan rezekimu untuk orang yang tidak dikenali. ingatlah, rezekimu adalah rezekimu, bukan untuk dibagi-bagikan kepada orang miskin. berjimat-cermat adalah satu watak yang terpuji. gunakan wangmu untuk kepentingan dirimu sendiri. gunakanlah untuk menonton wayang atau tengok konsert penyanyi-penyanyi seksi, membeli tikit untuk menonton perlawanan bola, membeli beer apabila dahaga. menonton perlawanan bola adalah satu amalan yang bagus supaya kamu dapat menunjukkan sokongan ikhlas kepada pasukan negerimu. pergilah menonton, jangan banyak pikir. tak perlu bimbang tentang asar, maghrib dan isyak. itu hanya waktu untuk pak lebai dan orang-orang tua yang tidak mempunyai minat kepada sukan. Mereka golongan yang boring.

aku lihat apabila kamu bertemu dengan kawan-kawan, kamu tidak mengucapkan Assalamualaikum. Kamu menjerit “Hi there !”. ini bagus sekali, kerana kamu menunjukkan kamu pintar dan fasih bahasa inggeris. “Assalamualaikum” ialah bahasa arab. bahasa arab bukan bahasa antara bangsa.tak perlulah kamu susah-susah mempelajarinya.

aku lihat minah pakai jeans ketat dan T-shirt yang Nampak pusat. ini bagus sekali kerana minah menunjukkan dia tahu fesyen moden. minah tidak bertudung juga. ini bijak sekali kerana tak perlu membuang duit membeli kain untuk menutup rambut yang cantik berikal mayang. kecantikan yang dikurniakan Tuhan adalah untuk tontonan ramai, bukan untuk disembunyikan dan bukan satu hal yang memalukan.

mamat dan minah, sejauh ini kamu berdua sangat pandai menyesuaikan diri di zaman moden. tak perlu mengingat mati kerana kamu masih muda lagi. ingatlah, dunia ini adalah syurgamu. kematian adalah untuk orang tua-tua sahaja.

salam kasih sayang sejati dari saya,

Iblislaknatullah.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com