TANDA - TANDA REZEKI TIDAK BERKAT

Antara Tanda-Tanda Rezeki Tidak Berkat :

Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta yang banyak dan bertimbun.

Harta yang diperoleh melalui jalan yang tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tidak mementingkan ibadah.

Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari kerana mendapat laknat dari Allah.

Ibadah tidak sempurna dan sukar terima ajaran atau pendidikan berkaitan agama.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com