Ayat Lima ialah ayat yang diambil daripada lima surah dalam al-Quran. Setiap satu daripada Ayat Lima itu terdapat 10 huruf ‘Qaf’ (kaf besar) menyebabkan Ayat Lima juga boleh dikenali dengan ayat 50 Qaf.
• Ayat pertama diambil daripada Surah Al-Baqarah ayat 246
• Ayat kedua diambil daripada Surah Al-Imran ayat 181
• Ayat ketiga diambil daripada Surah An-Nisaa ayat 77
• Ayat keempat diambil daripada Surah Al-Maaidah ayat 27
• Ayat kelima diambil daripada Surah Ar-Ra’du ayat 16
Ayat Lima mengandungi rahsia dan khasiat yang amat bererti, antaranya:
- Ibnu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu membaca Ayat Lima sama ada ketika baginda berada dalam negeri atau dalam perjalanan atau peperangan. Dalam peperangan, baginda selalu dapat mengalahkan orang kafir serta orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah.
- Sayyidah ‘Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. memperjelaskan bahawa apabila Ayat Lima ditulis dalam mangkuk kemudian diisi dengan air dan airnya diminum pada Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya sambil hatinya diisi dengan nur hidayah keyakinan serta kasih sayang.
- Apabila selalu dibaca seorang pemimpin, hatinya akan ditetapkan Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan dan semua orang pimpinannya akan patuh kepadanya.
- Jika ditulis dan digantung pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.
AYAT LIMA