AYAT LIMA

Ayat Lima ialah ayat yang diambil daripada lima surah dalam al-Quran. Setiap satu daripada Ayat Lima itu terdapat 10 huruf ‘Qaf’ (kaf besar) menyebabkan Ayat Lima juga boleh dikenali dengan ayat 50 Qaf.

• Ayat pertama diambil daripada Surah Al-Baqarah ayat 246
• Ayat kedua diambil daripada Surah Al-Imran ayat 181
• Ayat ketiga diambil daripada Surah An-Nisaa ayat 77
• Ayat keempat diambil daripada Surah Al-Maaidah ayat 27
• Ayat kelima diambil daripada Surah Ar-Ra’du ayat 16

Ayat Lima mengandungi rahsia dan khasiat yang amat bererti, antaranya:

- Ibnu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu membaca Ayat Lima sama ada ketika baginda berada dalam negeri atau dalam perjalanan atau peperangan. Dalam peperangan, baginda selalu dapat mengalahkan orang kafir serta orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah.

- Sayyidah ‘Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. memperjelaskan bahawa apabila Ayat Lima ditulis dalam mangkuk kemudian diisi dengan air dan airnya diminum pada Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya sambil hatinya diisi dengan nur hidayah keyakinan serta kasih sayang.

- Apabila selalu dibaca seorang pemimpin, hatinya akan ditetapkan Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan dan semua orang pimpinannya akan patuh kepadanya.

- Jika ditulis dan digantung pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.

Baca Lagi...

RAHSIA BERSENAM

KALAU sehari tidak bersenam, seluruh badan terasa tidak sihat dan otak pula dirasakan lambat berfikir, kata seorang pensyarah sukan yang mengaku ‘ketagih’ bersenam. Senaman ringan setiap pagi membuatkan dia cergas sepanjang hari, manakala aktiviti lebih ‘berat’ pada waktu petang mengembalikan semula tenaga yang hilang.Inilah penangan tindak balas pelbagai jenis hormon apabila kita bersenam seperti endorfin, hormon pertumbuhan, prolaktin, kortisol dan testosteron yang menjadikan kita berasa sihat, bertenaga, cergas dan gembira.

Bagaimanapun, tahap tindak balas dan paras hormon berbeza mengikut jenis aktiviti yang dilakukan. Ini sebabnya kita disaran melakukan semua jenis senaman (aerobik, regangan dan ketahanan) secara berselang seli untuk mendapat manfaat terbaik. Selain menjaga makan, bersenam antara rahsia utama untuk awet muda. Kajian menunjukkan paras hormon pertumbuhan yang dilabel sebagai ‘hormon anti penuaan’ meningkat selepas 40 minit bersenam. Hormon ini memberi kesan positif mengembalikan keremajaan tulang, otot, kulit, otak dan mengurangkan lemak.

Senaman juga membantu mengekalkan penghasilan hormon seks lelaki dan wanita (testosteron dan estrogen) yang secara semula jadi turun mendadak dengan peningkatan umur, terutama selepas menopaus bagi wanita atau 40 hingga 50 tahun bagi lelaki.Untuk menikmati faedah di atas (ia hanya sebahagian kecil daripada manfaat bersenam), senaman perlu dijadikan rutin harian dan kalau boleh, mulakan hari ini juga. Bagi yang tidak aktif, senaman permulaan terbaik ialah berjalan cepat.Berjalan dikenal pasti sebagai senaman lembut yang sesuai untuk semua peringkat umur; tidak kira sama ada individu itu menghidap penyakit atau tidak.Berjalan adalah senaman semula jadi yang selamat, mudah, mempunyai impak rendah kepada kaki dan tidak memerlukan latihan khusus.Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja — di pejabat, dalam ruang sempit atau di bilik tidur dengan berjalan setempat.

Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga atau empat kali seminggu. Lebih baik jika dapat dilakukan setiap hari.Selain meningkatkan penghasilan hormon, berjalan cepat ada manfaat terhadap kesihatan keseluruhan seperti:

· Menyihatkan jantung dan merendahkan risiko mengalami serangan jantung dengan merendahkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meninggikan paras kolesterol baik (HDL).

· Mengawal tekanan darah. Berjalan cepat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit sehari boleh menurunkan tekanan darah dan mengembalikannya ke paras sihat. Ia juga mampu mencegah komplikasi kesihatan yang buruk kerana tekanan darah tinggi seperti serangan jantung atau strok.

· Merendahkan risiko mendapat kencing manis. Kencing manis biasanya datang bersama tekanan darah tinggi dan berlebihan berat badan. Kencing manis jenis 2 berlaku kerana badan tidak dapat menggunakan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah. Berjalan dapat meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik.

· Mengawal kencing manis. Berjalan memperbaiki kebolehan badan untuk memproses gula dan mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu melancarkan aliran darah, terutama ke kaki iaitu anggota yang sering mengalami masalah kerosakan saraf dan salur darah halus yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung.

· Mengawal berat badan. Berjalan boleh mengurangkan masalah berat badan dalam jangka masa panjang, selain mampu membuatkan seseorang memiliki bentuk tubuh lebih menarik.

· Memperbaiki emosi. Berjalan dan bersenam merangsang badan menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.

· Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot serta sendi.

· Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

· Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh, terutama kepada warga tua.

Baca Lagi...

RAHSIA SOLAT

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruku' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 -Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Baca Lagi...

MALAIKATMU TERSENTUH HATI

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak- anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Baca Lagi...

SETIAP LARANGAN ADA HIKMAHNYA

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Cuba kita lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasulullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah.

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
(Nota : Saya tidak pasti. Ada sesiapa mahu berkongsi ilmu?)

4. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

5. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Oleh : Dr Jamnul Azhar.

Mengapa Ka'abah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Baca Lagi...

FALSAFAH YANG DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja. aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA

Merah:
Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu:
Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning:
Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih:
Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu:
Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

Baca Lagi...

TANDA - TANDA REZEKI TIDAK BERKAT

Antara Tanda-Tanda Rezeki Tidak Berkat :

Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta yang banyak dan bertimbun.

Harta yang diperoleh melalui jalan yang tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tidak mementingkan ibadah.

Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari kerana mendapat laknat dari Allah.

Ibadah tidak sempurna dan sukar terima ajaran atau pendidikan berkaitan agama.

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com