Menurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:
1.Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2.Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3.Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4.Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5.Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.
Ramai manusia atau umat Islam hari ini tidak sedar akan hakikat ini.Mereka menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa.Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.Ketahuilah bahawa,sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya,rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan.Tetapi hakikatnya pada hari ini,semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umumnya.
Bentuk-bentuk baru penghinaan al-Quran:
1.memperolok-olokan isi al-Quran
2.memperlekehkan isi kandungan al-Quran.
3.mempertikaikan isi(kebenaran)kandungan al-Quran.
4.menilai al-Quran menurut logic akal semata-mata.
5.memperli hukum-hukum al-Quran.
6.meletakkan kuasa dan ajaran al-Quran di bawah kuasa manusia.
7.al-Quran tidak dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan sedangkan kita mengetahui.
8.menganggapkan bahawa hukum-hukum al-Quran tidak lagi sesuai untuk zaman ini dan tidak adil.
9.melanggar ajaran,kebenaran,dan hukum-hukum yang dijelaskan al-Quran dengan sewenang wenangnya.
10.meminggirkan al-Quran dalam pelbagai masalah yang kita hadapi dalam menjalani kehidupan seharian sedangkan kita tahu al-Quran adalah pegangan kita dan lebih teruk lagi,kita memilih panduan yang lain daripada al-Quran yang bercanggah dengan ajaran al-Quran.
Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini,tidak menjadikán Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak.ke arah tamadun yang sebenar iaitu memberi keutamaan kepada keredhaan ALLAH SWT.
“Al-Quran ini adalah bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu,petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan apabila dibacakan al-Quran,maka dengarkanlah baik-baik,dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. (al-A’raaf: 204 & 205)
GOLONGAN YANG MENGHINA AL-QURAN