Menurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:
1.Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2.Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3.Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4.Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5.Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.
Ramai manusia atau umat Islam hari ini tidak sedar akan hakikat ini.Mereka menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa.Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.Ketahuilah bahawa,sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya,rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan.Tetapi hakikatnya pada hari ini,semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umumnya.
Bentuk-bentuk baru penghinaan al-Quran:
1.memperolok-olokan isi al-Quran
2.memperlekehkan isi kandungan al-Quran.
3.mempertikaikan isi(kebenaran)kandungan al-Quran.
4.menilai al-Quran menurut logic akal semata-mata.
5.memperli hukum-hukum al-Quran.
6.meletakkan kuasa dan ajaran al-Quran di bawah kuasa manusia.
7.al-Quran tidak dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan sedangkan kita mengetahui.
8.menganggapkan bahawa hukum-hukum al-Quran tidak lagi sesuai untuk zaman ini dan tidak adil.
9.melanggar ajaran,kebenaran,dan hukum-hukum yang dijelaskan al-Quran dengan sewenang wenangnya.
10.meminggirkan al-Quran dalam pelbagai masalah yang kita hadapi dalam menjalani kehidupan seharian sedangkan kita tahu al-Quran adalah pegangan kita dan lebih teruk lagi,kita memilih panduan yang lain daripada al-Quran yang bercanggah dengan ajaran al-Quran.
Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini,tidak menjadikán Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak.ke arah tamadun yang sebenar iaitu memberi keutamaan kepada keredhaan ALLAH SWT.
“Al-Quran ini adalah bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu,petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan apabila dibacakan al-Quran,maka dengarkanlah baik-baik,dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. (al-A’raaf: 204 & 205)
GOLONGAN YANG MENGHINA AL-QURAN
PENGGANAS DI AKHIR ZAMAN
Masih ingatkah lagi kita dengan kekejaman yang pernah melanda saudara-saudara kita di bumi Palestin?Israel yang mengganas di Semenanjung Gaza,membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka.Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja,melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.
Mengapa berlaku sedemikian?Bukankah bilangan mereka,bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?.Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi,menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu.Maka kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.
Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari perancangan jangkapanjang dan pengimplementasian perancangan itu oleh Yahudi Zionis.Sebenarnya,musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka berusaha mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antara sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.
Yang pertama :
Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat,dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan,di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan,supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat.Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan,mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan,seperti cuai sembahyang,seperti tidak memikirkan halal dan haram.Keturunan yang lalai itulah akan berkahwin dan melahirkan generasi,sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.
Yang Kedua:
Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir,serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan,hiduplah umat islam seperti haiwan.Kalau umat islam hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam.Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.
Yang Ketiga:
Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan,filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi,supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan,dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam.Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan.
Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka,fikirannya,kuasa dan jawatan.Mudah untuk mendapat musuh,tetapi mudah juga untuk mendapat kawan.Mudah untuk musuh jadi kawan,dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.
Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan,sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula,dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan.Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya,masing-masing hidup cara sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai.Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour,dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah,walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.
Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau tidak bersetuju dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji,tidak fikir zaman inflasi.Yang penting majikan naikkan gaji.
Begitu jugalah golongan-golongan lain yang tidak sebutkan,mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian.
Begitulah umat Islam sudah tidak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan.Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri.Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.
Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam,supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.....amin
BERBUATLAH BAIK KEPADA ORANG LAIN
Banyak sekali hadith Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita;ada yang mengajak bersikap pemurah dan menderma;ada yang memuji;dan sebagainya.Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing,kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Apa yang tersisa darinya?"Aisyah menjawab,"Tidak ada yang tersisa melainkan baunya." Rasulullah s.a.w seperti membenarkan:"Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya?"
Dengan ucapannya itu, Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan,pahalanya akan kekal sampai hari qiamat,sementara yang tersisa di dunia, kemudian mereka memakannya,maka pahala mereka tidak akan bermanafaat di akhirat.Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredhaan Allah.
Rasulullah s.a.w pernah menasihati Asma',saudara perempuannya Aisyah untuk bersedekah agar menambahkan kemurahanNya padanya.Kata Asma',Rasulullah pernah berkata kepadaku:
Janganlah kamu perhitungkan,kerana kamu akan dibalasi oleh sikapmu itu sendiri.(Hadith riwayat Al-Bukhari)
Dalam satu riwayat disebutkan:
Bersedekahlah,berdermalah,atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan,kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama.Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikkan kalian,kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama pula.(Hadith riwayat Muslim)
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)
FADHILAT AL-QURAN DARI ASPEK KESIHATAN
*Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt
membuat amalan:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari
penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah.Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi
pernah menegah kita makan ikan bersama susu di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
PETUA MENCUCI HATI
Segala aspek kehidupan kita bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
NILAI SENASKAH AL-QURAN
Sunyi di lipatan waktu
Menanti hari demi hari silih berganti
Menilai tinggi mana tahap keimanan
Tertanya-tanya di lubuk jiwa
Menyemak helaian-helaian penenang jiwa
Atas hamparan sajadah cinta
Betapa hilang gundah gulana
Sangkaan baik kepada pencipta cinta
KalamNya menjawab segala-gala
Kabur persoalan di jiwa kosong
Lalu diisi dengan keasyikan bahasaNya
Difahami dengan jiwa tanpa noda
Diamalkan dengan tiap perbuatan dan kata-kata
Betapa agung nilaian bicara Ilahi
Tersimpan segala pedoman dan nasihat
Mutiara kata dan ilmuNya
Sungguh agung ciptaanMu Rabbi
Tak pernah berubah walau cuba diubah
Tak pernah lenyap walau cuba dihilangkan
Dengannya sebagai pedoman
Penyelamat kehidupan duniawi ukhrawi
Betapa agung anugerahMu
Tiada taranya seisi dunia
Nilaian pahala pencinta kalamMu
Kau balas dengan kenikmatan Jannah
Huurun Ain menanti
Wildan menunggu setia
Kepulangan hamba tauhid Ilahi
Ke pangkuan Allah Rabbuna
Ya Ilahi pemegang hati-hati
Terangi hati kelam dengan petunjuk al-Quran
Tetapkan hati dengan agamaMu
Kuatkan hati dengan maghfirahMu
Agar tak mudah terpesong
Tiap kali hati digertak nafsu durjana
Pelihara hamba-hamba dengan zikrMu
Dia Maha memelihara wahyuNya
Kalam Allah, al-Quran tercinta.
[ ILLIYYIN 311009 ]
PUSAKA AYAHANDA
Anakku,
Kamu adalah hamba,kau mulakanlah hidupmu dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini zahir & batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu ini. Anakku,Ingatlah statusmu cuma seorang hamba berperanan sebagai wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah , di muka bumiNya ini. Ertinya kamu wajib memperhambakan diri kepada setiap kata & suruhan Allah kepadamu.Jangan hambakan diri kepada nafsu tapi hambakan kepada kehendak Allah semata-mata.Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan disetiap detik hidupmu.Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba.Kau bertuah kalau Allah perlakukanmu untuk sering merasa bahawa kamu adalah seorang hamba dan malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.
Anakku ,
Seorang hamba yang taat di dalam taatnya kepada Tuhannya sesungguhnya akan bersusah hati setiap kali selesai ibadahnya. Gementar hatinya kerana bimbangkan hadiah yang tidak diterima bahkan akan menjadi sebab kemurkaanNya.Sekali-kali tidak terlintas dihatinya bahawa ibadah itu kehebatannya.Ia hanyalah keupayaan anugerah yang belum pasti nilainya di sisi Allah.Lalu dilupakan saja nikmat itu yang tinggal ialah kebimbangan tentang keputusannya nanti.
Anakku ,
Kamu tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu. Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu.Kau wajib didik ia sampai menjadi “mutmainnah”(iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang tidak lagi keluh kesah , gelisah , gopoh gapah , melenting-lenting & tidak bahagia.). Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah kau zikir.Yakni fahamlah maksud Allah.Kau kekang nafsumu dengan ilmu tentang salahnya pendapat nafsu dibandingkan dengan maksud-maksud Allah lalu kau junjunglah kehendak Allah dan lawanlah runtunan nafsumu sungguh-sungguh.
Anakku ,
Sesungguhnya zikir yang agung adalah ibadah sembahyang. Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Tuhan kepada kamu. Sembahyang yang membawa kau mikraj ke hadrat Allah , hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadaNya.Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan.Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah.Dia tidak lagi mengganggumu dengan sombong , riak , bakhil ,gelisah , gopoh gapah , cinta dunia & segala mazmumah.Kau akan jadi hamba yang taat dalam taat.Waktu tu kau akan mampu membawa rasa kehambaan kemana-mana.Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.
Sekian selamat berjuang!!