Segala aspek kehidupan kita bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
PETUA MENCUCI HATI
NILAI SENASKAH AL-QURAN
Sunyi di lipatan waktu
Menanti hari demi hari silih berganti
Menilai tinggi mana tahap keimanan
Tertanya-tanya di lubuk jiwa
Menyemak helaian-helaian penenang jiwa
Atas hamparan sajadah cinta
Betapa hilang gundah gulana
Sangkaan baik kepada pencipta cinta
KalamNya menjawab segala-gala
Kabur persoalan di jiwa kosong
Lalu diisi dengan keasyikan bahasaNya
Difahami dengan jiwa tanpa noda
Diamalkan dengan tiap perbuatan dan kata-kata
Betapa agung nilaian bicara Ilahi
Tersimpan segala pedoman dan nasihat
Mutiara kata dan ilmuNya
Sungguh agung ciptaanMu Rabbi
Tak pernah berubah walau cuba diubah
Tak pernah lenyap walau cuba dihilangkan
Dengannya sebagai pedoman
Penyelamat kehidupan duniawi ukhrawi
Betapa agung anugerahMu
Tiada taranya seisi dunia
Nilaian pahala pencinta kalamMu
Kau balas dengan kenikmatan Jannah
Huurun Ain menanti
Wildan menunggu setia
Kepulangan hamba tauhid Ilahi
Ke pangkuan Allah Rabbuna
Ya Ilahi pemegang hati-hati
Terangi hati kelam dengan petunjuk al-Quran
Tetapkan hati dengan agamaMu
Kuatkan hati dengan maghfirahMu
Agar tak mudah terpesong
Tiap kali hati digertak nafsu durjana
Pelihara hamba-hamba dengan zikrMu
Dia Maha memelihara wahyuNya
Kalam Allah, al-Quran tercinta.
[ ILLIYYIN 311009 ]
PUSAKA AYAHANDA
Anakku,
Kamu adalah hamba,kau mulakanlah hidupmu dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini zahir & batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu ini. Anakku,Ingatlah statusmu cuma seorang hamba berperanan sebagai wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah , di muka bumiNya ini. Ertinya kamu wajib memperhambakan diri kepada setiap kata & suruhan Allah kepadamu.Jangan hambakan diri kepada nafsu tapi hambakan kepada kehendak Allah semata-mata.Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan disetiap detik hidupmu.Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba.Kau bertuah kalau Allah perlakukanmu untuk sering merasa bahawa kamu adalah seorang hamba dan malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.
Anakku ,
Seorang hamba yang taat di dalam taatnya kepada Tuhannya sesungguhnya akan bersusah hati setiap kali selesai ibadahnya. Gementar hatinya kerana bimbangkan hadiah yang tidak diterima bahkan akan menjadi sebab kemurkaanNya.Sekali-kali tidak terlintas dihatinya bahawa ibadah itu kehebatannya.Ia hanyalah keupayaan anugerah yang belum pasti nilainya di sisi Allah.Lalu dilupakan saja nikmat itu yang tinggal ialah kebimbangan tentang keputusannya nanti.
Anakku ,
Kamu tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu. Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu.Kau wajib didik ia sampai menjadi “mutmainnah”(iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang tidak lagi keluh kesah , gelisah , gopoh gapah , melenting-lenting & tidak bahagia.). Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah kau zikir.Yakni fahamlah maksud Allah.Kau kekang nafsumu dengan ilmu tentang salahnya pendapat nafsu dibandingkan dengan maksud-maksud Allah lalu kau junjunglah kehendak Allah dan lawanlah runtunan nafsumu sungguh-sungguh.
Anakku ,
Sesungguhnya zikir yang agung adalah ibadah sembahyang. Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Tuhan kepada kamu. Sembahyang yang membawa kau mikraj ke hadrat Allah , hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadaNya.Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan.Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah.Dia tidak lagi mengganggumu dengan sombong , riak , bakhil ,gelisah , gopoh gapah , cinta dunia & segala mazmumah.Kau akan jadi hamba yang taat dalam taat.Waktu tu kau akan mampu membawa rasa kehambaan kemana-mana.Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.
Sekian selamat berjuang!!
3 CAHAYA DI HARI KIAMAT
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
QAILULAH YANG TERSIRAT
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.
Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
6 PERKARA DORONG BERIBADAT
Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.
Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya.
Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)
Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.
Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak.
Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.
Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.
Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong.
Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong.
Kita yang tidak beribadat ini matilah.
Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh.
Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu?
Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi..." (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)
Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan).
Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.
Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut..." (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)
Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa.
Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.
Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat.
Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya.
Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.
Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)
LIMA JENIS SABAR
SABAR adalah satu sifat manusia.
Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian.
Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
(1) Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
(2) Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.
Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
(3) Sabar terhadap kemewahan.
Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
(4) Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan.
Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
(5) Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah.
Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci.
Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.