PERNAHKAH anda menangis?
Jika menangis,apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.Allah yang menciptakan ketawa dan tangis.Banyak air mata mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata,mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering.Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti Kalaulah air mata itu terkepung seperti air hujan,banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
1.Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.Menangis kerana rasa takut.
3.Menangis kerana cinta.
4.Menangis kerana gembira.
5.Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.Menangis kerana terlalu sedih.
7.Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8.Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10.Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.
Rasulullah bersabda,maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan,apabila seorang daripada suatu kaum menangis,maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah.Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa,malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata,sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara,iaitu:Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan,malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara,iaitu:
1.Apabila dahinya berpeluh.
2.Air matanya berlinang.
3.Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri,segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru,serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis,membasahi dan mencuci hati,sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
MAKNA AIR MATA INSAN
RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun,dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang a'bid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya,'Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?'
Hatim berkata,'Apabila masuk waktu solat,aku berwudhu' zahir dan batin.'
Isam bertanya,'Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu? '
Hatim berkata,'Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air'.
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'
Seterusnya Hatim berkata,'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku,dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'
'Setiap bacaan dan doa didalam solat,aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'
Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.