BERBUATLAH BAIK KEPADA ORANG LAIN

Banyak sekali hadith Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita;ada yang mengajak bersikap pemurah dan menderma;ada yang memuji;dan sebagainya.Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing,kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Apa yang tersisa darinya?"Aisyah menjawab,"Tidak ada yang tersisa melainkan baunya." Rasulullah s.a.w seperti membenarkan:"Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya?"

Dengan ucapannya itu, Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan,pahalanya akan kekal sampai hari qiamat,sementara yang tersisa di dunia, kemudian mereka memakannya,maka pahala mereka tidak akan bermanafaat di akhirat.Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredhaan Allah.

Rasulullah s.a.w pernah menasihati Asma',saudara perempuannya Aisyah untuk bersedekah agar menambahkan kemurahanNya padanya.Kata Asma',Rasulullah pernah berkata kepadaku:
Janganlah kamu perhitungkan,kerana kamu akan dibalasi oleh sikapmu itu sendiri.(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Dalam satu riwayat disebutkan:
Bersedekahlah,berdermalah,atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan,kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama.Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikkan kalian,kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama pula.(Hadith riwayat Muslim)
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

Baca Lagi...

FADHILAT AL-QURAN DARI ASPEK KESIHATAN

*Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt
membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari
penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah.Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi
pernah menegah kita makan ikan bersama susu di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Baca Lagi...

PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan kita bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com